Islam Is Great : QURAN

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Memaparkan catatan dengan label QURAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label QURAN. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2022

Surah al-Jin bermaksud Jin.

9:12:00 PTG 0
Surah al-Jin bermaksud Jin.

Surah al-Jin

Surah al-Jin bermaksud Jin.


Surah al-Jin bermaksud Jin.

Surah ini mempunyai 28 ayat dan merupakan surah yang ke-72 daripada 114 nama-nama surah dan merupakan surah makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Jin kerana dalam surah ini menyebutkan tentang sifat-sifat jin dan keadaan-keadaan mereka. 

Dalam surah ini juga mengisahkan perihal jin yang terus beriman setelah mendengar bacaan ayat-ayat Allah S.W.T yang begitu menakjubkan.

Nama surah ini diambil daripada ayat 1 dalam surah ini iaitu :

 قُلۡ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ ٱسۡتَمَعَ نَفَرٞ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَقَالُوٓاْ إِنَّا سَمِعۡنَا قُرۡءَانًا عَجَبٗا 

Maksud : Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: 

`Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

(Surah al-Jin : ayat 1)

Antara objektif surah ini adalah untuk menyatakan kemuliaan al-Quran yang memberi rahmat kepada seluruh alam termasuklah kepada Jin.

Pengajaran Surah :

1) Al-Quran merupakan panduan kepada manusia juga termasuk Jin

Ayat 1 - 2 : Jin telah mendengar dan mengagumi Ayat al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad dan menyampaikan ayat tersebut kepada kaum jin mereka

2) Jin juga menyampaikan dakwah dan menyeru kaumnya

Ayat 13 - 14 : Ayat ini memperlihatkan kita tentang kebijaksanaan dan pemahaman kaum jin terhadap al-Quran dan keperluan untuk berdakwah. 

3) Memohon perlindungan hanya kepada Allah

Ayat 22 : Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.

Moga Allah berikan kita kefahaman dan kekuatan untuk beramal dengan al-Quran.

SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




Surah al-Muzammil bermaksud orang yang berselimut.

9:11:00 PTG 0
Surah al-Muzammil bermaksud orang yang berselimut.

Surah al-Muzammil 

Surah al-Muzammil

Surah al-Muzammil bermaksud orang yang berselimut.
 
Surah ini merupakan surah yang ke 72 dalam susunan 114 nama-nama surah. 
 
Surah ini mempunyai 20 ayat dan merupakan surah Makiyyah. 
 
Surah ini dinamakan Al-Muzzammil kerana mengisahkan perintah Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk menunaikan solat malam atau berqiamullail.  
 
Qiamullail hanya diwajibkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W sahaja dan sunat bagi kaumnya untuk menunaikannya. 
 
Objektif surah ini ialah persiapan rohani Nabi Muhammad dan Siti Khadijah dalam perjuangan dakwah nabi. 
 
Nama surah ini diambil pada ayat 1 dalam surah ini iaitu : 
 
يَٰأَيُّهَا ٱلۡمُزَّمِّلُ 
 
Maksud : Wahai orang yang berselimut! 
 
(Surah Al-Muzzammil : Ayat 1) 
 
Pengajaran surah : 
 
1) Solat malam (Qiamulail) akan menguatkan jiwa pendakwah  
 
Ayat 1 - 6 : perintah untuk beribadah malam, kurangkan tidur, dan banyakkan membaca Al-Quran di waktu malam supaya dimantapkan jiwa dan ditambah kemuliaan dan kedudukan. 
 
2) Amal Soleh pasti akan dibalas sebaiknya di akhirat 
 
Ayat 20 : Menyatakan beberapa amalan orang yang beriman serta jaminan amalan tersebut akan dibalas sebaiknya di akhirat. 
 
Moga Allah berikan kita kefahaman dan kekuatan untuk beramal dengan al-Quran. 
 

SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu)

9:10:00 PG 0
Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu)

 Surah Al-Ahzab

Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu)



Surah Al-Ahzab ini terkait dengan kebanyakan surah dalam Al-Quran merupakan kesimpulan keadaan sulit yang dihadapai oleh manusia. 


Peristiwa Ahzaab (peperangan Khandaq) itu sendiri merupakan gambaran suatu kondisi sangat sulit dan mencabar yang dihadapi kaum muslimin.


Nama surah ini disebut dalam ayat 20. 


Ujian ketaatan yang paling berat adalah di medan perang kerana seseorang yang berada di sini perlu memilih antara hidup dan mati sahaja, namun para sahabat r.a. telah membuktikannya dan Rasulullah SAW sendiri melakukannya di medan Ahzab ini. 


Ayat 2 menggesa ketaatan sepenuhnya kepada perintah wahyu tanpa berbelah bahagi dan tiada kompromi dengan penyakit-penyakit jahiliyyah. 


Ummat Islam mesti yakin Allah SWT sangat mengetahui keperluan sebenar manusia di sebalik sesuatu perintah dan larangan. 


Pilih antara dua, taat kerana Allah atau sebaliknya. Manusia hanya diberi satu hati sahaja.

Kalau mahu taat di medan tempur, latih dahulu dirimu taat di dalam rumah dengan meninggalkan “tabanní”. Semua para Nabi a.s. setia dengan baiah mereka.


Dahsyat sekalipun kepungan Ahzab, Rasul-Mu taat kepada keputusan mesyuarat untuk menggali parit. 


Jangan kerana suamimu Rasulullah SAW, kamu meremehkan ketaatan pada syariat. Allah SWT menguji ketaatan Nabi SAW apabila Zainab r.a. yang diceraikan oleh Zaid r.a. lalu Nabi SAW sendiri perlu menikahinya.

 

Surah ini juga memperlihat ujian ketaatan para sahabat r.a kepada Nabi SAW agar jangan jadi seperti Bani Israel kepada Nabi Musa a.s. 


Ketaatan ini amanah yang pernah ditolak langit, bumi dan gunung sebelum diterima oleh manusia.

Moga surah ini menjadi motivasi buat kita semua untuk menjadi orang yang beriman.



SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





SURAH AR-RAD

8:31:00 PG 0
SURAH AR-RAD

 SURAH AR-RAD

SURAH AR-RAD

Kalau kita ada anak kecik, tengah2 main tiba2 guruh petir berdentum. Apa mereka buat?

Yess. Mereka lari ketakutan cari kita. Kadang mereka terus menangis. 😫😫

Itulah gambaran Allah nak bagitahu tentang surah ini. 

Allah nakkan kita ni berharap padaNya, minta tolong dan mencariNya.

Seolah-olah kalau lah dengan bunyi tu pun kita takut, kenapa tak takut dengan Allah yang menghantarkan petir tu?

Allah hantarkan petir untuk ajak kita bertadabbur supaya makin ingat kebesaranNya, supaya kita ni makin takut lepas tengok petir dan membuatkan kita berharap sepenuhnya pada bantuan Allah.

Kalulah panahan petir dan dentuman guruh itu pun bertasbih memuji Allah, mengapa tidak kita manusia ini bertasbih di saat hujan dan ketakutan melihat petir?

Orang yang hatinya kotor dan rosak sahaja akan rasa berat untuk bertasbih memuji Allah yang Maha Kuasa.


Takut dan berharaplah pada Allah.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN

1:17:00 PG 0
DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN

BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA 


Menjadi kewajipan kepada kita sebagai seorang muslim untuk memahami ayat Al-Quran disamping berusaha memperbetulkan bacaan tajwid. Tadabbur merupakan usaha untuk mencari makna disebalik zahir suatu perkara.

Sebagaimana Firman Allah S.W.T : 

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

MaksudnyaDan sesungguhnya Kami permudahkan al-Qur’an itu untuk diambil peringatan daripadanya; maka adakah yang mahu mengambil peringatan



JOM FAHAMI MAKNA NAMA-NAMA 114 SURAH AL QURAN

Kenapa anda patut beli buku 114 Surah Al Quran ini? Apakah hadiah yang terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak anda? Adakah didikan agama untuk anak-anak sudah mencukupi? Kita mungkin biasa khatam membaca 30 juzuk al-Quran, tapi adakah kita faham apa yang dimaksudkan pada setiap surah yang dibaca? Buku ini membawa pembaca untuk setidak-tidaknya faham apa makna bagi setiap nama surah. Contohnya surah al-Kahfi bercerita berkenaan gua. Jadi kandungannya berkisar tentang gua sahaja.

Apa yang terkandung dalam Buku Disebalik 114 Nama-Nama Surah?

Setiap nama 114 surah itu, kami datangkan kenapa ianya dinamakan surah sedemikian, apa makna surah itu dan juga beberapa fakta tambahan menarik sekitar surah tersebut: i. Tahukah Anda? ii. Segenggam Ibrah iii. Bongkar Sejarah iv. Fakta Menarik v. Fakta Saintifik vi. Kalam Hikmah Saya ambil contoh: 🔑Tahukah anda apa makna surah At-Taghabun? 🔑Allah SWT ada umpamakan manusia dengan binatang ternakan. Tahukah anda Allah juga ada umpamakan manusia dengan babi, dengan anjing, dengan labah-labah dan beberapa yang lain? 🔑Hebatnya seekor burung hud-hud yang berusaha sebarkan agama ini tanpa arahan dari seorang Nabi, tapi sifat proaktifnya untuk sampai jauh ke negeri Saba'. Banyak lagi yang kami nak kongsikan. Semoga bermanfaat dan memberi sedikit gambaran kepada anda yang membacanya. Dengan infografik yang menarik, bergambar, berwarna dan tulisan besar, ianya cukup untuk menjadikan pembaca seronok dan ketagih untuk terus membaca.

Intipati Buku Disebalik 114 Nama-Nama Surah yang sangat sangat menarik ini!

✨ Buku nya agak tebal, 243 mukasurat ✨ Berwarna warni, mempunyai aneka gambar yang menambah keseronokan untuk membaca, tulisan besar ✨ Sesuai untuk peringkat kanak-kanak, remaja & dewasa ✨ Info sangat ringkas, tepat & padat ✨ Kisah ringkas disebalik 114 nama-nama surah di dalam AlQuran ✨ Boleh dijadikan bahan modul usrah & sesi sharing bersama keluarga tersayang selepas solat fardu berjemaah 💖
Membaca perlu dijadikan budaya. Dapatkan segera !!!

Harga buku : RM50
Postage Semenanjung : RM10
Postage Sabah/ Sarawak RM18

BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA
ATAU
BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA


DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN



Konten Buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Penuh Infografik Dan Warna Yang Menarik


DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN


DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN


DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN


Review Buku Disebalik 114 Nama-Nama Surah Oleh Ustaz Elyas



Apa yang ada dalam buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah ni? 📖
.
Nak tahu? Jom teroka buku ni bersama Ustaz Elyas ☺️
.


APA KATA NEELOFA Buku Disebalik 114 Nama-Nama Surah



"Bagusnyaaa, saya akan utilize buku ni dengan baik. Terima kasih sangattt!!!" Sape tak kenal kan yang dalam gambar ni. . Ya Allah. Syukur sangat dapat berkongsi buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah ni dengan Neelofa. 🤲


Harga buku : RM50
Postage Semenanjung : RM10
Postage Sabah/ Sarawak RM18

BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA
ATAU
BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA

DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN



TESTIMONI Buku Disebalik 114 Nama-Nama Surah 



DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN



BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA

BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA

BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA



Bacaan Al-Quran Merdu Lengkap Arab, Latin & Terjemahan Rumi 

  1. Surah Al-Fatihah (Pembuka)
  2. Surah Al-Baqarah (Lembu Betina)
  3. Surah Ali-Imran (Keluarga Imran)
  4. Surah An-Nisa' (Wanita)
  5. Surah Al-Maidah (Hidangan)
  6. Surah Al-An'am (Binatang Ternakan)
  7. Surah Al-'raf (Tempat Tertinggi)
  8. Surah Al-Anfal (Harta Rampasan Perang)
  9. Surah At-Taubah (Taubat)
  10. Surah Yunus (Yunus)
  11. Surah Hud (Nabi Hud)
  12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf)
  13. Surah Ar-Ra'd (Guruh)- klik sini
  14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim)
  15. Surah Al-Hijr (Penduduk Kota Hijr)
  16. Surah An-Nahl (Lebah)
  17. Surah Al-Isra' (Perjalanan Nabi daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa)
  18. Surah Al-Kahfi (Gua)
  19. Surah Maryam (Maryam)
  20. Surah Taha (Taha)
  21. Surah Al-Anbiya' (Nabi-Nabi)
  22. Surah Al-Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surah Al-Mukminun (Orang yang Beriman)
  24. Surah An-Nur (Cahaya)
  25. Surah Al-Furgan (Pembeza)
  26. Surah Asy-Syu'ara' (Para Penyair)
  27. Surah An-Naml (Semut)
  28. Surah Al-Qasas (Cerita-Cerita)
  29. Surah Al-Ankabut (Labah-Labah)
  30. Surah Ar-Rum (Bangsa Rum)
  31. Surah Lugman (Lugman)
  32. Surah As-Sajdah (Sujud)
  33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu)- klik sini
  34. Surah Saba' (Kaum Saba') - klik sini
  35. Surah Fatir (Pencipta) - klik sini
  36. Surah Yaasin (Yaasin)
  37. Surah As-Saaffat (Yang Bersaf-Saf)
  38. Surah Sad (Sad) - klik sini
  39. Surah Az-Zumar(Rombongan-Rombongan)- klik sini
  40. Surah Ghafir (Yang Maha Pengampun)- klik sini
  41. Surah Fussilat (Yang Dijelaskan)- klik sini
  42. Surah As-Syura (Musyawarah) - klik sini
  43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan)- klik sini
  44. Surah Ad-Dukhan (Asap) - klik sini
  45. Surah Al-Jathiyah (Yang Berlutut)
  46. Surah Al-Ahgaf (Bukit-Bukit Pasir)
  47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad)
  48. Surah Al-Fath (Kemenangan) - klik sini
  49. Surah Al-Hujurat (Kamar-Kamar)- klik sini
  50. Surah Qaf (Qaf) - klik sini
  51. Surah Az-Zariyat (Angin yang Menerbangkan) - klik sini
  52. Surah At-Tur (Gunung Tursina)- klik sini
  53. Surah An-Najm (Bintang)- klik sini
  54. Surah Al-Qamar (Bulan) - klik sini
  55. Surah Ar-Rahman (Maha Pemurah) - klik sini
  56. Surah Al-Waqi'ah (Hari Kiamat) - klik sini
  57. Surah Al-Mujadalah (Wanita yang Bersoal Jawab) - klik sini
  58. Surah Al-Hasyr (Pengusiran) -klik sini
  59. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji)
  60. Surah As-Saff (Dalam Barisan)- klik sini
  61. Surah Al-Jumu'ah (Hari Jumaat)- klik sini
  62. Surah Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)- klik sini
  63. Surah At-Taghabun (Hari Diperlihatkan Segala Kesalahan) - klik sini
  64. Surah At-Talaq (Talak)
  65. Surah At-lahrim (Mengharamkan)
  66. Surah Al-Mulk (Kerajaan)- klik sini
  67. Surah Al-Qalam (Pena) - klik sini
  68. Surah Al-Haqqah (Hari Kiamat)- klik sini
  69. Surah Al-Ma'arij (Tempat-Tempat Naik) - klik sini
  70. Surah Nuh (Nuh)
  71. Surah Al-Jin (Jin)- klik sini
  72. Surah Al-Muzzammil (Orang yang Berselimut)- klik sini
  73. Surah Al-Muddaththir (Orang yang Berselimut)
  74. Surah Al-Qiyamah (Hari Qiamat)
  75. Surah Al-Insan (Manusia)
  76. Surah Al-Mursalat (Para Malaikat yang Diutus)
  77. Suran Al-Naba (Berita Besar)
  78. Surah An-Naziaat (Para Malaikat yang Mencabut)
  79. Surah Abasa (Dia Bermasam Muka)
  80. Surah lakwir (Menggulung)
  81. Surah Al-Infitar (Terbelah)
  82. Surah Al- Mutaffifin (Orang yang Curang)
  83. Surah Al- Insyigaq (Terbelah)
  84. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang)
  85. Suran At-lariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  86. Surah Al-A la (Yang Paling linggi)
  87. Surah Al-Ghashiyah (Hari Pembalasan)
  88. Surah Al-Fajr (Fajar)
  89. Surah Al-Balad (Negeri)
  90. Surah Asy-Syams (Matahari)
  91. Surah Al-Lail (Malam)
  92. Surah Ad-Dhuha (Waktu Dhuha)
  93. SurahAl-Insyirah(Kelapangan)
  94. Surah At-Tin (Buah Tin)
  95. Surah Al-Alaq (Segumpal Darah)
  96. Surah A1-Qadr (Kemuliaan)
  97. Surah Al-Bayyinah (Bukti yang Nyata)
  98. SurahAl-Zalzalah(Kegoncangan)
  99. Surah Al-'Adiyat (Kuda Perang)
  100. Surah Al-Qari ah (Hari Kiamat)
  101. SurahAt-Takathur(Bermegah-Megan)
  102. Surah Al-'Asr (Masa)
  103. Surah Al-Humazah (Pengumpat)
  104. Surah Al-Fil (Gajah)
  105. Surah Quraisy (Suku Quraisy)
  106. Surah Al-Ma'un (Bantuan)
  107. Surah Al-Kauthar (Nikmat yang Banyak)
  108. Surah Al-Kafirun (Orang Kafr)
  109. Surah Al-Nasr (Pertolongan)
  110. Surah Al-Masad (Sabut)
  111. Surah Al-Ikhlas (lauhid)- klik sini
  112. Surah Al-Falaq (Waktu Subuh) - klik sini
  113. Surah An-Nas (Manusia)- klik sini
  114. Surah al  Hadid ( besi) -klik sini
  115. Rujukan

Harga buku : RM50
Postage Semenanjung : RM10
Postage Sabah/ Sarawak RM18

BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA
ATAU
BUKU 114 SURAH AL QURAN UNTUK ANDA

DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN