Surah Qaaf
Nama surah ini disebut pada ayat 1.
Surah ini dinamakan Qaf kerana dimulakan dengan huruf hijaiyah iaitu Qaf. Surah ini sama seperti surah Sad dimulakan dengan huruf hijaiyah. Maksud Qaf tersebut hanya Allah SWT yang mengetahuinya.
Rasulullah SAW sering membaca surah ini dalam solat jumaat kerana surah ini mengandungi kisah kebangkitan, hari kiamat, pahala, syurga, neraka dan beberapa kisah lagi.
Surah ini juga menceritakan tentang kebenaran Rasulullah dan mesejnya yang memberi ancaman mengenai realiti hari kebangkitan semula.
Amru Khalid dalam kitab Qawatir Quranniyyah menyebut tentang surah ini :
"Al-Quran, khususnya surah Qaaf dan surah-surah setelahnya merupakan jalan yang menuju kepada kejernihan hati."
"Oleh kerana itu, wahai saudaraku, bacalah dan hafalkan surah-surah ini dengan niat untuk membersihkan dan menguatkan hati."
Dari sini dapat difahami alasan mengapa surah ini diawali dengan sumpah terhadap Al-Quran adalah kerana al-Quran adalah sebaik-baik cara pemulihan penyakit hati.
Kesihatan hati dapat mengantar kepada pilihan jalan yang baik. Perlu diketahui bahwa surat Qaaf, Adz-Dzariat, Ath-Thuur, dan An-Najm diawali dengan sumpah.
Uniknya, tujuan surah-surah ini mempunyai kaitan erat dengan ayat-ayat yang memuat sumpah, sebagaimana kita lihat dalam surat Qaaf.
Moga surah ini dapat kita baca dan hafal supaya mampu memberi kejernihan dan penguat hati kita.
SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN
RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA!
.
Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.
.
Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan