Surah Al-Fath yang bermaksud kemenangan - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 29 Mac 2022

Surah Al-Fath yang bermaksud kemenangan

Surah Al-Fath

Surah Al-Fath yang bermaksud kemenangan

Surah Al-Fath yang bermaksud kemenangan ini merupakan surah yang ke-48 dalam susunan 114 surah. Surah ini mengandungi 29 ayat dan merupakan surah madaniyyah.

Surah ini dinamakan al-Fath kerana Allah memberi berita gembira kepada orang beriman dengan kemenangan selepas pulang daripada perjanjian hudaibiyah. Selepas turunnya ayat pertama ini Rasulullah saw bersabda :

"Telah diturunkan kepada aku malam ini satu surah yang lebih aku suka daripada dunia dan apa yang terkandung di dalamnya."

(Diriwayatkan oleh as Syaikhani, at Tirmizi dan al Hakim dari Anas)

Sebanyak 4 kali perkataan al-fath nyatakan dalam surah ini sedangkan ia tidak pun disebut dalam mana-mana babak peperangan yang diceritakan oleh al-Quran.

Hal ini jelas membuktikan Islam menerangkan kemenangan yang sebenar ialah peluang dalam ruang dialog yang muncul di sebalik perdamaian dengan musuh dan bukan sebaliknya. 

Matlamat yang sebenar bukanlah dengan pertempuran di medan tempur dan mengangkat senjata semata-mata.

Allah berfirman dalam surah al-Fath ayat 1 :

إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحٗا مُّبِينٗا

Maksud : Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

(Surah Al-Fath : Ayat 1)

Surah Al-Fath mempunyai hubungan dengan surah Muhammad sebelum ini di mana surah Muhammad berbicara tentang keharusan mengikut nabi sedangkan surah al-Fath menjelaskan ciri orang yang mengikuti nabi.

Moga surah ini memberi manfaat buat kita semua.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




Tiada ulasan: