Surah Al-Ahzab
Surah Al-Ahzab ini terkait dengan kebanyakan surah dalam Al-Quran merupakan kesimpulan keadaan sulit yang dihadapai oleh manusia.
Peristiwa Ahzaab (peperangan Khandaq) itu sendiri merupakan gambaran suatu kondisi sangat sulit dan mencabar yang dihadapi kaum muslimin.
Nama surah ini disebut dalam ayat 20.
Ujian ketaatan yang paling berat adalah di medan perang kerana seseorang yang berada di sini perlu memilih antara hidup dan mati sahaja, namun para sahabat r.a. telah membuktikannya dan Rasulullah SAW sendiri melakukannya di medan Ahzab ini.
Ayat 2 menggesa ketaatan sepenuhnya kepada perintah wahyu tanpa berbelah bahagi dan tiada kompromi dengan penyakit-penyakit jahiliyyah.
Ummat Islam mesti yakin Allah SWT sangat mengetahui keperluan sebenar manusia di sebalik sesuatu perintah dan larangan.
Pilih antara dua, taat kerana Allah atau sebaliknya. Manusia hanya diberi satu hati sahaja.
Kalau mahu taat di medan tempur, latih dahulu dirimu taat di dalam rumah dengan meninggalkan “tabannÔ. Semua para Nabi a.s. setia dengan baiah mereka.
Dahsyat sekalipun kepungan Ahzab, Rasul-Mu taat kepada keputusan mesyuarat untuk menggali parit.
Jangan kerana suamimu Rasulullah SAW, kamu meremehkan ketaatan pada syariat. Allah SWT menguji ketaatan Nabi SAW apabila Zainab r.a. yang diceraikan oleh Zaid r.a. lalu Nabi SAW sendiri perlu menikahinya.
Surah ini juga memperlihat ujian ketaatan para sahabat r.a kepada Nabi SAW agar jangan jadi seperti Bani Israel kepada Nabi Musa a.s.
Ketaatan ini amanah yang pernah ditolak langit, bumi dan gunung sebelum diterima oleh manusia.
Moga surah ini menjadi motivasi buat kita semua untuk menjadi orang yang beriman.
SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan