AMALAN SEBELUM HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH - Islam Is Great

Islam Information

Jumaat, 6 Julai 2018

AMALAN SEBELUM HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH


AMALAN SEBELUM HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH
Setiap kali hantar anak ke taska atau pengasuh, serahkanlah 'penjagaan' itu sepenuhnya kepada Allah. Minta Allah jaga anak dan juga jaga hati si penjagannya sebab hati manusia ni Allah yang pegang.

Abah ajar dulu, keluar je rumah pagi2 tu terus baca ayat2 ni:

1. Bismillahillahi tawakkaltu Alallah 3x
(بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ)

2. Bismillahilazi la Yadhurru 3x
(بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ)

3. Ayat Kursi

4. Surah 3 Qul

5. Hasbunall wa ni'mal wakil
(حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی و نعم النصیر)

Dah habis baca, hembuskan pada anak..Ayat-ayat ni bukan je untuk hantar anak ke taska, tapi juga untuk kita bila nak keluar rumah. Moga Allah jauhkan segala bahaya dan niat tak baik orang dari setiap penjuru yang kita tak tahu.

Dan apabila kita dah berikhtiar, serahkan sepenuhnya pada Allah. Tetapi tetap terjadi musibah itu, sesungguhnya Allah yg lebih mengetahui hikmah disebaliknya.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan: