Surah Al-Hasyr
Surah al-Hasyr ini merupakan surah ke-59 dalam susunan 114 surah.
Surah ini mengandungi 24 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.
Al-Hasyr bermaksud pengusiran. Nama surah ini terdapat pada ayat ke-2 dalam surah ini :
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَخۡرَجَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ مِن دِيَٰرِهِمۡ لِأَوَّلِ ٱلۡحَشۡرِۚ مَا ظَنَنتُمۡ أَن يَخۡرُجُواْۖ وَظَنُّوٓاْ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمۡ حُصُونُهُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِنۡ حَيۡثُ لَمۡ يَحۡتَسِبُواْۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعۡبَۚ يُخۡرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيۡدِيهِمۡ وَأَيۡدِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فَٱعۡتَبِرُواْ يَٰأُوْلِي ٱلۡأَبۡصَٰرِ
Maksud : Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
(Surah Al-Hashr : Ayat 2)
Surah ini dinamakan Al-Hasyr kerana dalam surah ini menceritakan pengusiran suku kaum Yahudi di Madinah iaitu Bani Nadhir.
Mereka diusir kerana mengkhianati perjanjian dengan umat Islam.
Perjanjian genjatan senjata telah dilakukan antara umat Islam dengan mereka tetapi mereka mengkhianati perjanjian tersebut dengan mahu menyerang umat Islam. Akhirnya, mereka berjaya diusir oleh Rasulullah S.A.W dan umat Islam yang lain.
Pengajaran surah :
1) Orang yang tidak bakhil akan berjaya
Ayat 9 : Orang yang diselamatkan dari sifat kedekut adalah orang yang berjaya seperti mana yang dilakukan oleh golongan Ansar kepada Muhajirin
Hamka pada Tafsir Azharnya menukilkan riwayat dari ‘Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam, bahawa Rasulullah bersabda kepada para Ansar,
“Saudara-saudara, mereka telah meninggalkan harta benda mereka dan anak-anak mereka dan datang menumpang kepada kalian”.
Maka kaum Ansar menjawab,
“Harta benda kami ini kami beri sahaja kepada mereka”.
2) Berharap semata-semata kepada Allah
Ayat 10 : Doa dan pengharapan orang yang beriman setelah golongan Muhajirin dan Ansar
Doa dan pengharapan ini ditemani perasaan kasih dan rindu dalam diri mereka kepada orang beriman yang terdahulu lalu mereka mengucapkan, “Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Penyantun, Maha Penyayang”.
Moga kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk memahami dan mengamalkan surah ini.
SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN
RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA!
.
Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.
.
Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan