Surah Ghafir - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 29 Mac 2022

Surah Ghafir

Surah Ghafir

Surah Ghafir

Surah ini dinamakan Ghafir kerana dalam surah ini Allah menyebut sifat agung-Nya di awal surah.

Kemudian diulang-ulang menyebut keampunan untuk mengajak manusia bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah sepertimana yang tersebut dalam ayat yang ke-42 :

تَدۡعُونَنِي لِأَكۡفُرَ بِٱللَّهِ وَأُشۡرِكَ بِهِۦ مَا لَيۡسَ لِي بِهِۦ عِلۡمٞ وَأَنَا۠ أَدۡعُوكُمۡ إِلَى ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡغَفَّرِ

Maksudnya : “Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun?” (Surah Ghafir : ayat 42)

Surah ini menunjukkan bahawa Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada sesiapa yang beriman meskipun pada saat akhir kehidupan mereka baru beriman.

Antara objektif surah ini adalah seruan untuk meneruskan dakwah kepada manusia menuju keampunan selain urusan hidup matimu pendakwah pada tangan Allah dan Allah ada cara-Nya untuk menyelamatkan kamu dari ditimpa musibah.

Orang yang menyeru manusia ke Jalan Allah akan menghadapi pelbagai rintangan dan kesulitan. Apabila kita memilih jalan dakwah yang merupakan Jalan para nabi dan rasul, maka sedarlah bahawa Jalan tersebut dipenuhi berbagai mehnah dan tribulasi.

Oleh itu pasrahkan segala urusan kepada Allah dan bertawakallah kepada-Nya.

Oleh itu, di penghujung surah ini menyeru kepada semua para pendakwah apabila ingin mendapatkan pertolongan dan berserah diri selama berdakwah di jalan allah maka renungilah ayat-ayat dakwah dan penyerahan dalam surah Ghafir ini.


SSEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Tiada ulasan: