Surah Al-Hujurat ini bermaksud bilik-bilik - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 29 Mac 2022

Surah Al-Hujurat ini bermaksud bilik-bilik

Surah Al-Hujurat

Surah Al-Hujurat ini bermaksud bilik-bilik


Surah Al-Hujurat ini bermaksud bilik-bilik. Surah ini merupakan surah yang ke 49 mempunyai 18 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.

Surah ini dinamakan Al-Hujurat kerana ramai yang memanggil Nabi Muhammad SAW dari luar kamar atau bilik pada waktu yang tidak bersesuaian dan ini merupakan suatu sikap yang tidak sopan kepada Nabi Muhammad SAW. 
Orang mukmin tidak akan mampu keluar ke penjuru dunia dengan sikap sedemikian dan tidak akan mengenal bangsa-bangsa lain sehinggalah mereka bersikap sopan terhadap nabi mereka.

Surat Al-Hujurat berbicara tentang adab-adab interaksi, terutama interaksi dengan Nabi saw.
 
Oleh itu, kita dapat memahami rangkaian tiga surah dan hubungan antara satu dengan lainnya, dimana Nabi saw adalah fokus utamanya. 

Surah Muhammad menjelaskan bahwa mengikuti Nabi adalah bukti diterimanya amal. 

Surah Al-Fath menjelaskan sifat- sifat orang-orang yang mendapatkan kemenangan, 
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia...". 
Sedangkan Surah Al-Hujurat memberikan pesan, “Wahai orang yang akan mendapatkan kemenangan, hiasilah diri dengan adab-adab sosial, terutama adab kepada Nabi saw." 

Betapa adab yang diterangkan dalam surah al-hujurat iaitu :
1) Adab terhadap syariat
2) Adab terhadap Nabi Muhammad
3) Adab menerima sesuatu berita
4) Adab sesama orang beriman
5) Adab mendamaikan orang yang berselisih
6) Adab berinteraksi sesama manusia
7) Adab terhadap seluruh manusia

Moga dengan pemahaman terhadap surah ini menjadikan kita insan yang lebih baik dalam berinteraksi dengan manusia.
Moga surah ini memberi manfaat buat diri kita.


SSEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Tiada ulasan: