Surah al-Jin bermaksud Jin.
Surah ini mempunyai 28 ayat dan merupakan surah yang ke-72 daripada 114 nama-nama surah dan merupakan surah makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Jin kerana dalam surah ini menyebutkan tentang sifat-sifat jin dan keadaan-keadaan mereka.
Dalam surah ini juga mengisahkan perihal jin yang terus beriman setelah mendengar bacaan ayat-ayat Allah S.W.T yang begitu menakjubkan.
Nama surah ini diambil daripada ayat 1 dalam surah ini iaitu :
قُلۡ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ ٱسۡتَمَعَ نَفَرٞ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَقَالُوٓاْ إِنَّا سَمِعۡنَا قُرۡءَانًا عَجَبٗا
Maksud : Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata:
`Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
(Surah al-Jin : ayat 1)
Antara objektif surah ini adalah untuk menyatakan kemuliaan al-Quran yang memberi rahmat kepada seluruh alam termasuklah kepada Jin.
Pengajaran Surah :
1) Al-Quran merupakan panduan kepada manusia juga termasuk Jin
Ayat 1 - 2 : Jin telah mendengar dan mengagumi Ayat al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad dan menyampaikan ayat tersebut kepada kaum jin mereka
2) Jin juga menyampaikan dakwah dan menyeru kaumnya
Ayat 13 - 14 : Ayat ini memperlihatkan kita tentang kebijaksanaan dan pemahaman kaum jin terhadap al-Quran dan keperluan untuk berdakwah.
3) Memohon perlindungan hanya kepada Allah
Ayat 22 : Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.
Moga Allah berikan kita kefahaman dan kekuatan untuk beramal dengan al-Quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan