Surah at-Tur bermaksud Gunung Tursina. - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 29 Mac 2022

Surah at-Tur bermaksud Gunung Tursina.

Surah at-Tur

Surah at-Tur bermaksud Gunung Tursina.

Surah ini merupakan surah ke-52 dalam susunan 114 surah. Surah ini mengandungi 49 ayat dan merupakan surah Makkiyah.

Surah at-Tur bermaksud Gunung Tursina.

Surah ini dinamakan At-Tur kerana Allah SWT memulakan surah mulia ini dengan bersumpah demi gunung Tursina.

Gunung Tursina menjadi tempat Allah SWT berbicara dengan Nabi Musa AS yang mana gunung tersebut mendapat limpahan cahaya Ilahi dan mulia dari seluruh bukit-bukit yang ada di muka bumi.

Nama surah ini disebut dalam ayat 1 iaitu :
Ùˆَٱلطُّورِ
Maksud : Demi Gunung Tursina;
(Surah At-Tur : Ayat 1)

Objektif surah ini membenar dan menegaskan realiti Qiyamat yang dinyatakan dalam surah al-Dhariyat, betapa tetap dan stabilnya khabar kejadian Qiyamat itu tanpa perubahan dan goncangan, jauh lebih hebat daripada ketetapan dan kestabilan gunung al-Tur!

Antara keindahan surah ini sebagai contoh pada ayat 21 merupakan motivasi untuk ahli keluarga bertemu dan berkumpul di syurga.

Ibn Abbas dan Ibn Jarir menafsirkan ayat 21 dengan menyatakan bahawa kedudukan anak-anak orang mukmin yang turut beriman mengikuti kedua ibu bapa mereka adalah sama dengan kedudukan (masuk syurga bersama) ibu bapa mereka. 

Namun ia tidak bermaksud kemuliaan anak-anak sama dengan ibu bapa mereka dari sudut ketaqwaan dan amalan. Kerana iman tidak boleh diwarisi. 

Dengan sifat kelebihan, kemuliaan, ihsan dan kelembutan terhadap makhluk-Nya, Allah SWT meletakkan ibu bapa dan anak-anak yang beriman dalam satu darjat yang lebih tinggi.



SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 






Tiada ulasan: