Surah As-Saff bermaksud barisan - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 29 Mac 2022

Surah As-Saff bermaksud barisan

Surah As-Saff

Surah As-Saff bermaksud barisan


Surah As-Saff ini merupakan surah ke-61 dalam susunan 114 nama-nama surah. Surah ini mengandungi 14 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.

Surah ini dinamakan As-Saff kerana menggambarkan sesuatu yang diwajibkan kepada kaum muslimin untuk merapatkan barisan mereka seperti bangunan yang kukuh.

Ini merupakan antara salah satu kunci kemenangan dalam peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah S.A.W iaitu merapatkan barisan mereka dengan teguh dan tidak mudah dipecahkan.

Nama surah ini diambil daripada ayat ke-4 dalam surah ini iaitu

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِهِۦ صَفّٗا كَأَنَّهُم بُنۡيَٰنٞ مَّرۡصُوصٞ

Maksud : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

(Surah As-Saf : Ayat 4)

Pengajaran surah :

1) Jangan cakap sesuatu yang tidak kamu lakukan

Ayat 2 : Larangan Allah supaya kita tidak berkata sesuatu yang tidak kita lakukan.

Maksud ayat ini secara umum adalah teguran Allah kepada manusia yang tidak sama perbuatan dengan percakapannya. Selalu kita kata: cakap tak serupa bikin.

Ini adalah sifat yang buruk. Kalau kita tidak mahu melakukan sesuatu atau tidak mampu, janganlah kita cakap. Janganlah jadi seperti orang munafik kerana ini adalah sifat mereka seperti yang disebut dalam hadis:

“آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّث كَذَبَ، إِذَا وَعَد أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ”

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2) Perniagaan yang menyelamatkan daripada azab

Ayat 10 - 11 : Beriman kepada Allah dan Rasul dan berjihad ke jalan Allah dengan jiwa dan harta.

3) Bersatulah untuk membantu agama Allah

Ayat 14 :  Allah menyuruh orang yang beriman bersatu untuk membantu agama Allah.

Komitmen kepada agama bukan sekadar dengan solat puasa dan membaca al-Quran tetapi dengan menjadi penolong agama Allah.

Kaedah ini bukan hanya kepada umat nabi Muhammad sahaja namun telah menjadi tuntutan yang harus dipenuhi oleh pengikut para Nabi terdahulu seperti Nabi Isa.

Moga Allah beri kita kefahaman dalam mendalami ilmu al-Quran


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




Tiada ulasan: