SURAH AN-NAJM - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 29 Mac 2022

SURAH AN-NAJM

SURAH AN-NAJM


SURAH AN-NAJM


Surah An-Najm merupakan surah yang ke-53 dalam susunan 114 surah. Surah ini mengandungi 62 ayat dan merupakan surah Makiyyah.

Surah ini dinamakan An-Najm yang bererti bintang kerana dalam surah ini Allah SWT bersumpah dengan bintang. 

Bintang itu timbul dan tenggelam, amat besar manfaatnya kepada manusia seperti menjadi pedoman dalam pelayaran di lautan, perjalanan di padang pasir untuk menentukan peredaran musim dan sebagainya.

Nama surah ini ada pada ayat 1 :

ÙˆَٱلنَّجۡÙ…ِ Ø¥ِØ°َا Ù‡َÙˆَÙ‰ٰ

Maksud : Demi bintang semasa ia menjunam

(Surah An-Najm :  Ayat 1)

Allah SWT bersumpah dengan bintang. Bintang ialah simbolik kepada langit dan berapa tingginya kedudukan al-Quran yang diturunkan dari langit kepada Rasulullah SAW. 

Maka surah ini menunjukkan tingginya sumber wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah SAW, tingginya kedudukan yang membawa wahyu ini (Jibril) dan tingginya nilai yang diperjuangkan oleh al-Quran ini.

Objektif surah ini  mencela hawa nafsu yang menyebabkan berlakunya kesesatan dan mengangkat ilmu yang kerananya mendapat hidayah.

Tidak ada yang dapat merasakan nikmat memperoleh ilmu, kecuali ilmu yang bersumber dari wahyu dan Al-Quran. 

Oleh kerana itu, wahai saudaraku Muslim, setelah membaca surah ini, pilihlah sumber pengetahuan yang benar. Bangunkanlah ilmu dan amal anda di atas sumber tersebut. 

Dengan begitu, Allah akan memberikan balasan yang sebaik-baiknya.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Tiada ulasan: