Surah ini dinamakan Fussilat bererti yang dijelaskan kerana dalam surah ini Allah SWT menjelaskan tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya dan keesaan-Nya dan mengukuhkan dengan dalil yang teguh atas kewujudan-Nya dan ciptaan yang menyatakan tentang kemuliaan dan kebesaran.
Surah ini juga berkaitan keagungan al-Quran yang mampu menerangkan ilmu Allah SWT yang Maha Luas dengan kalimah-kalimah bahasa Arab yang ringkas namun mengandungi makna yang meluas bagi yang memerhatikan dengan mendalam.
Surah ini juga dikenali sebagai surah Ha Mim Al-Sajdah.
Antara objektif surah ini menjawab kebiadapan Quraisy yang tidak mahu Rasulullah SAW memperdengarkan al-Quran kepada mereka dan kepada orang lain seperti ayat 5, 14, dan 26 dalam surah Fussilat.
Surah Fussilat berbicara tentang pentingnya respon yang baik terhadap perintah-perintah Allah swt.
Oleh itu perlu diperhatikan agar risalah dapat disampaikan kepada pendengarnya. Hal ini sangat bergantung pada baiknya pendakwah dan penerima (yang didakwahi), serta penggunaan bahasa yang tepat.
Justeru, inilah yang diterangkan oleh ayat pertama dari Surah Fussilat, "Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya "
Makna ini juga dapat dilihat dengan jelas pada Ayat 44 :
وَلَوۡ جَعَلۡنَٰهُ قُرۡءَانًا أَعۡجَمِيّٗا لَّقَالُواْ لَوۡلَا فُصِّلَتۡ ءَايَٰتُهُۥٓۖ ءَا۬عۡجَمِيّٞ وَعَرَبِيّٞ
Maksud : Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?"
(Surah Fussilat : Ayat 44)
SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN
RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA!
.
Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.
.
Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan