Islam Is Great : keluarga

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2022

1 SYAWAL ALLAH MENJEMPUT IBUKU

9:43:00 PTG 0
1 SYAWAL ALLAH MENJEMPUT IBUKU

1 SYAWAL ALLAH MENJEMPUT IBUKU

Salam pada semua. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya 2022 atau  Syawal Hijrah 1443 pada semua umat islam di seluruh dunia. Pada tahun ini adalah tahun yang menguji saya dimana ibuku telah terlantar sakit di katil dan tidak boleh bergerak dari leher ke kaki sejak 3 bulan yang lalu.


Dan pengalaman sebagai anak yang paling rapat dan sebagai anak lelaki tunggal dari 3 adik beradik. Membuat saya berasa sedih sangat. Dan kesedihan ini ditambah apabila saya sebagai anak yang tidak mempunyai pengalaman menjaga pesakit yang terlantar menyebabkan ibuku dihidrat dan terdapat luka di punggungnya. Hingga beliau terpaksa ke pusat kecemasan dan berkampung di hospital lebih dari 1 minggu.


Ahhh,,,,,lagi menambahkan kesedihan aku yang gagal menjaga ibuku dengan baik dan sempurna. Untuk pengetahuan ibuku adalah pesakit rahim kanser 4 dan telah menjalani 2 pembedahan serta membuat kimoterapi. Tapi kansernya telah merebak ke tulang belakang hingga ke saraf tengkuk dan akibatnya ibuku terlantar sakit.


Aku bersyukur amat sangat, dimana isteriku sentiasa menyokong apa jua keputusanku dalam hal ehwal tentang ibuku. Tanpa beliau saya mungkin akan terkapai-kapai seketika.


Pihak hospital asik menekankan bahawa ibuku tidak akan lama kerana kansernya semakin merebak dan terserah pada takdir. Marah betul saya pada masa itu dan mereka semua bernasib baik kerana memberitahu kakak ku yang menjaga ibuku di hospital. 

1 SYAWAL ALLAH MENJEMPUT IBUKU
Gambar pada tahun 2018 


Apa kan berlaku jika ibuku tiada- aku pernah membuat nukilan ini di blog ini pada tahun 2018. Dan akhirnya ia telah berlaku tapi masih belum terjawab apa akan berlaku padaku. Yang membuat rutin mingguan melawat ibuku selama berpuluh tahun tetiba terhenti.


Bila bercerita tentang ibuku, memang aku menjadi emosi yang teramat sangat. Bergaduh dengan kakak, jiran dan penjaga ibuku hingga mereka semua berkecil hati dengan aku. Pada pendapat aku lantaklah, kalau statement asik nak mengatakan mak aku ni tak panjang umur buat apa nak berbincang.


Memang salah aku kerana itu realitinya dan aku tidak mahu menerima realiti ini. Tindakan pertama aku ialah mengupah jururawat untuk menjaga ibuku dalam sebulan ini. Tujuannya ialah untuk puihkan semula tenaga ibuku yang dihidrat dengan membuat dripping. Selain makanan dimasukkan ke tube agar tidak terlepas jadual pemakanan. Selain itu aku menyuruh salur kencing jugaditube tube agar air kencing beliau tidak terkena pada luka ibuku yang agak teruk. 


Memang ada beberapa orang tidak setuju aku membuat keputusan ini kerana kosnya yang tinggi.


Sememangnya perbelanjaan untuk membayar jururawat menjaga ibuku selama sebulan memang agak tinggi. Tapi aku tak mahu peristiwa lama dimana kesilapan aku menjaga ibuku berulang kembali. 


Jika ibuku umur tidak panjang, biarlah ia meninggalkan aku dengan badan yang sihat dan cergas. Biar dia meninggalkan aku dalam keselesaan bukannya derita kerana tak cukup makan atau sakit yag melampau.


Aku bersyukur, Allah murahkan rezeki aku untuk menampung perbelanjaan penjagaan ibuku serta dibantu oleh kakakku. Aku amat bersyukur. Pada masa itu, segala nasihat daripada sesiapa aku tak layan. Yang aku mahu ibuku sihat semula.


Isteri aku amat faham perangai aku ini jika melibatkan ibuku. Dan seperti biasa she the most supporter aku. Dia kata biar perabih duit pun tak per asal mak sihat dan kita puas hati dan tidak menyesal apabila mak hembuskan napas.

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Usaha aku  tidak berakhir disitu. Aku mengupah fisioterapi dengan harapan ibuku dapat bergerak. Cukuplah sekadar dan duduk di katil dan makan tanpa bantuan. Namun ianya tidak berjaya.


Aku juga berjumpa dengan pakar tulang dan saraf tapi mereka tidak berani nak mengubat ibuku kerana beliau adalah pesakit kanser. 


Setelah genap sebulan jururawat menjaga ibuku iaitu pada 30hb April (Bulan Ramadhan). Aku dan isteri aku menjaga ibuku. Kami ambil cuti seminggu dan selepas itu ada penjaga lain yang akan menjaga ibuku.


Ibuku dalam keadaan sihat dengan muka yang tembam dan mula minta makan macam-macam kerana ia dah boleh mengunyah makanan. Aku layankan berikan makanan manis dan minuman manis sebab dah lama beliau tak makan melalui mulut.


Pada 1 Syawal atau 2 Mei 2022, Ibuku masih lagi sihat dan kami sempat berjenaka. Dan dalam pukul 1100am kakakku yang panik siap menelepon aku tanya kenapa makanan yang disalurkan melalui tube tidak mahu turun. Agak lawak jugak ler hingga mak aku kata kakak aku ni tak expert...hahahahhaa.


Pukul 0300pm aku kasi makan dan siap ajar kakak aku bagaimana memberi makanan kepada ibuku dan ia hanya tersenyum. Pada masa itu aku dengar nafasnya agak tercungap-cungap dan sempat tanya samada mak ok tak. Ibuku jawab ok.


Dalam pukul 0400pm saudara mara datang ke rumah dan kami tidak sempat jenguk ibu. Kami lihat ibu tidur dikatil. Kami biarkan sahaja.


Setelah semua tetamu balik, kami hendak mandikan ibu dan kejutkan beliau tetapi ia tak sedar. Kami beranggapan mungkin ibuku tidak sedar kerana kesan morfin yang diberikan pada pukul 0300pm tadi kot.


Setelah mandikan, kami kejut ibu semula tapi masih tiada reaksi. Aku dan kakak panik, kami telepon ambulan dan melalui pemeriksaan ibuku telah menghembuskan napasnya secara rasmi pada pukul 0530pm Syawal pertama.


Sebagai lelaki aku memang seorang yang ego tetapi pada masa itu aku menjadi kanak-kanak yang tak boleh menahan air mata. Jangan kau sebut nama ibuku, pasti aku menangis. Aku lepaskan tangisan ini dikereta seorang diri, ingatkan boleh bertahan masa nak cium ibuku kali terakhir selepas kapan namun gagal dan semasa di tapak perkuburan, aku sebagai anak lelaki kena ucapkan kali terakhir pun aku menangis. Ahhhh....lembik kau Hanif..


Aku bersyukur sekali lagi kerana pengurusan pengkebumian ibuku berjalan dengan lancar dan tiada halangan. Ibuku dikuburkan pada pukul 1100am di Tapak Perkuburan Jalan Panjang Melaka.


Jika ditanya pada hati kecil ini adakah aku bersyukur ibuku diambil awal. Ya, kerana aku tak tahan melihat penderitaan beliau yang terlantar sakit dan beliau masih boleh berfikir lagi hanya badan sahaja yang tak boleh gerak. Beberapa kali ibuku menangis kerana keadaannya dan tiap kali aku ingatkan jangan berkata sedemikian kerana ianya ketentuan Allah.


Aku sebenarnya dan putus akal bagaimana hendak mengubatkan ibuku. Dan pada ketika itu aku pasrah bahawa ibuku tidak boleh bergerak lagi walaupun hati ini masih menaruh harapan lagi. 


Namun kanser beliau memenangi perjuangan ini dengan ibuku telah tinggalkan aku selama-lamanya. Pada siapa aku nak bergurau dan bergaduh lagi. Jika aku nak makan rendang power mak, dari siapa aku nak minta? Aku belum cukup menabur bakti kepada ibuku.


Ibuku hanya merasa kesenangan semasa aku berumur 40 tahun apabila aku mendapat kerja yang agak baik dan aku belum habis menabur bakti...


Namun aku puas dan redha kerana ibuku pergi dalam keadaan selesa dan sihat tubuh badannnya. Luka dipunggung semakin pulih dan ia selalu tersenyum. Aku puas hati dan isteriku pun kata, yang aku patut senyum kerana niat aku mahu berikan keselesaan pada ibuku hingga akhir hayat tercapai.


Dan untuk sesiapa yang membaca artikel ini titipkan Al- Fatihah kepada ibuku Hanifah Binti Harun. 


Aku seorang blogger dan luahan perasaan ini aku luahkan melalui artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Ibu kita adalah syurga kita dan aku akui menjaga orang sakit ini boleh membuat kita stress tetapi sentiasa berzikir agar dijauhkan akibat stress kita tak sengaja memarahi ibu kita. Suka tak suka itu tanggungjawab kita apatah lagi sebagai anak lelaki. 


Selasa, 3 Julai 2018

Rumah Litar Pintas - Thank You Allah

6:54:00 PTG 0
Rumah Litar Pintas - Thank You Allah
Rumah Litar Pintas - Thank You Allah

Syukur alhamdulilah nasib baik rumah aku tak terbakar semalam.Ini kerana  rumah wayar terbakar. Dah naik hitam siling rumah aku tanda berlaku kebakaran pada wayar.

Kisahnya begini, ia berlaku dalam pukul 3am. Masa tu aku kerja malam, bini aku what apps tak boleh tidur sebab dengar bunyi krik-krik dan bau macam mercun terbakar. Bini aku ingat ada budak- budak main mercun pagi- pagi buta. 

Tambahan lagi, lampu kat rumah berkelip-kelip. Bini aku andaikan, ni mesti starter dah problem membuatkan lampu berkelip- kelip. Dalam hati, sempat bini aku mengeluh, ni nak duit ler tu tukau lampu...hehehehe.

Bini aku check kat dalam rumah kalau ada benda litar pintas kat rumah tapi semuanya OK. Tapi bini aku lupa plak nak check kat luar rumah. Kebakaran wayar tersebut berlaku dekat meter luar rumah. Tapi dah pukul 3am, sapa nak check. Giler ker.. Aku pula kerjak malam. Bahaya anak dara keluar rumah pagi- pagi buta..ahaks.

Sebaik aku pulang dari kerja malam. Aku lihat bini aku dah terpocol depan rumah. Aiikkkk..tak pi kerja ker laling aku ni. Ni mesti kes pemalas...hehehe. Biasanya macam tu ler kalau aku kerja malam, tunggu aku balik hantau kerja atau masuk lewat.. 

Masuk rumah, bini aku tunjukkan wayar yang terbakar. Yang dapat kesan pun, jiran sebelah yang menjerit beritahu bini aku. Masa keluar rumah, jiran aku kesan bau dan dia lihat wayar dah terbakar. Dia suruh cepat- cepat tutup suis utama.

Syukur alhamdulilah sekali lagi, tiada apa- apa yang berlaku. Nasib baik masa kebakaran kecil tu siling rumah aku tak terbakar. Kalau terbakar, tak tahu macam mana nak padamkan. Amin.

Terima kasih pada jiran sebelah rumah aku ni yang nampak wayar terbakar tu. Walau pun jiran aku ni menyakitkan hati pelihara kucing sepah-sepah tapi akhirnya jiran ini juga yang membantu kitakan. Sementara tunggu aku balik, jiran sebelah dah selesaikan sementara masalah kita. Thanks Zul...

Penyelesaian masalah wayar tersebut, aku telepon TNB dengan panggilan hotline 15454. Kasi alamat dan dalam satu jam mereka pun datang.

Menurut mereka punca wayar ini terbakar ialah wayar yang diikat tu tak kuat dan menyebabkan spark hingga keluar api. Mereka pun repair dan aku kasi air tin minuman ...hehehe. 

Syukur alhamdulilah, Allah masih menyayangi aku dan keluargaku. Memang situasi ni amat bahaya, anytime siling rumah aku boleh terbakar. Tapi..itulah kuasa Allah. Ia yang menentukan segalanya.. Aku hanya dapat dugaan kecil dengan hanya menelepon TNB..bukannya dugaan yang aku tak mahu tulis kat sini dan tak dapat aku bayangkan.Allah Hu Akbar...


Segala-gala dalam kehidupan kita ini ditentukan oleh Allah dan kita sebagai manusia harus bijak, usaha dan bertawakkal dalam menjalani kehidupan ini.

Aku bayangkan jika kejadian tersebut berlaku ketika kau dan wife aku tiada di rumah. Apa akan terjadi?

Aku bayangkan jika benar-benar kebakaran berlaku. Apa aku nak buat. Adakah aku perlu siram air pada wayar elektrik tersebut. Tak mungkin. Pemadam api pun aku tak der simpan di rumah.

Thank you to Allah, tapi adakah kita selalu sujud padanya...Bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan.


Jumaat, 12 Januari 2018

Jika Ibuku Tiada, Apa Akan Jadi Padaku.

11:45:00 PTG 0
Jika Ibuku Tiada, Apa Akan Jadi Padaku.
Jika Ibuku Tiada, Apa Akan Jadi Padaku.

Entah kenapa  hari ini aku termenung memikirkan bagaimana kalau secara tiba-tiba aku kehilangan ibuku.

Pemikiran keanak-anakan berdasarkan umurku yang kini 43 tahun yang masih mencintai ibuku sepenuhnya. Ibuku kini berumur 73 tahun, wanita yang masih tegap cuma ada masalah lutut yang tidak kuat. Biasalah untuk warga emas yang berumur.
Hubungan aku dan ibuku memang rapat. Kerana kakak aku yang no dua berada berada di Taiping manakala kakak yang sulung ibu tunggal. Dan aku pula anak lelaki tunggal. Sememangnya menjadi tanggungjawab aku menjaga ibuku.

Semenjak aku bujang hingga kahwin memang aku duduk di Melaka dan setiap minggu, wajib balik ke rumah mak aku. Kalau dahulu aku kerja dari Isnin hingga Jumaat. Aku akan pastikan hari Sabtu, aku mesti tidur rumah mak aku. Manakala wife aku, balik rumah mak dia. Jarak rumah mak aku dan wife aku tak jauh. So tiada masalah.

Apabila dah dapat kerja baru ni, agak sukar nak tidur sebab aku kerja 4 hari kerja, 2 hari cuti. So cuti aku tak semestinya hari Sabtu/Ahad. Aku banyak lepak ajer, datang pagi, petang balik.
Itulah rutin kehidupan aku semenjak aku kahwin pada umur 28 tahun hingga kini.  Wajib balik setiap minggu, kalau tak balik mesti kena tiau..hehehe. Mahu tak mahu kena balik juga.
Jika dibaca, anda mungkin bangga melihat aku menjaga mak aku. Perjalanan kehidupan aku dalam menjaga orang tua bukanlah seenak yang kita sangkakan.
Sebenarnya pengorbanan mak aku lebih banyak dari yang aku berikan. Dialah tempat aku mengadu masalah. Dialah penyedia makanan tersedap. Dialah yang selalu buat stress. Dialah yang selalu menangis disebabkan aku.

Sampai bila-bila pun aku tak mampu membalas jasa beliau. Aku ingat beberapa tahun yang lalu, aku kehilangan kerja. Pada umur 40 tahun kau kehiIangan kerjaku. Isteriku dan ibuku adalah penguat aku untuk teruskan perjuangan ni.

Bayaran bulanan yang aku berikan pada ibuku terpaksa aku hentikan. Dan ibuku mengerti malah cuba membantu aku. Hingga bertanya pada rakan-rakannya ada tak kerja kosong untukku.
Sepanjang aku tidak bekerja. Aku membuat kerja sambilan menghantar kuih. Ibuku dan ibu mentuaku banyak membantuku. Aku bertuah sekali lagi kerana ada 2 ibu yang membantuku.
Dan aku amat percaya atas berkat doa kesemua wanita dalam hidupku, aku mendapat kerja baru dengan gaji yang lebih baik. Itu pengalaman kecil aku jika hendak aku kongsikan betapa hebatnya ibuku.

Belum lagi aku pinjam duit ibuku dari kecil sekarang...hahaha. Cuma apabila dapat kerja baru ni, aku agak mewah. Dah tak amik duit mak aku...hehehehehe.
Satu perkara yang aku amat kecewa dan aku tahu ibuku juga kecewa ialah ketika beliau hendak menunaikan umrah.

Pada ketika itu aku sibuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Aku hampir tidak masuk campur urusan mak aku hendak pergi umrah. Malahan nak sewa duit van pun mak aku kasi duit.
Pada ketika itu, perniagaan kecil-kecilan aku ni tak begitu baik. Biasalah berniaga kongsi dengan kawan. Nak jaga hati kawan, hantar kuih sampai KL hingga lupa mak nak pergi umrah.
Petang mak aku buat kenduri, baru aku balik. Aku hanya hantar mak aku ke lapangan terbang. Mak aku sering berkias bahasa tentang hal ini. Aku diam sahaja. Sebab aku tahu itulah peristiwa terburuk pernah aku buat pada ibuku.

Banyak lagi peel yang aku buat ler. Nak cerita kat sini pun kang jadi novel pula.
Tapi semenjak dapat kerja baru ni. Aku dah ada kemampuan memberi mak aku belanja wang lebih sikit.  Dan aku pun banyak mengelak membuat hati dia luka. Apa yang dia nak kita kasi. Lambat atau cepat itu sahaja...
Manusia terhebat dalam hidupku adalah ibuku. Banyak bersabar dengan perangai aku yang banyak memberi kesedihan dari kegembiraan.
Itulah aku.
Bila umur dah meningkat dan diuji ujian yang kecil dari Allah barulah kita sedar betapa pentingnya ibu kita. Walau pun dia dah tua, dia tetap melayan kau macam anak kecil. Sediakan makan minum kau bila kau balik. Sampai kau tak larat nak makan...ahaks.
Tapi kau pula, nak ajak borak pun malas dengan mak kau. Yalah...asik borak benda yang sama jer.....hahahaha. betul tak?

Aku pun tak tahu kenapa hari ini merasa risau memikirkan kalau ibuku tiada macam mana dengan aku.
Rutin mingguan aku balik ke rumah aku tiba-tiba hilang. Lalu kalau aku boring lepak kat rumah aku atau rumah mak mentua aku. Mana aku pergi?.
Kalau aku rindukan masakan rendang ayam mak aku. Siapa nak buat?
Siapa nak layan aku setiap jam kasi aku makan sambil aku menonton tv.
Siapa yang nasihatkan selalu sembahyang kalau mak aku tiada?
Siapa aku nak kacau dan usik jika bahan usikan aku iaitu mak aku yang sporting tiada?
Aku tak dapat bayangkan impak yang akan berlaku pada aku jika mak aku tiada. Aku belum cukup berjasa padanya. Jauh sekali.

Namun aku tahu, setiap yang hidup akan pergi. Itu ketentuannya. Aku faham.
Cuma artikel ini aku tulis ingin meluahkan kasih sayang aku pada ibuku. Dan aku bukanlah orang yang suka berkongsi sayang-sayang ni. Hanya melalui artikel inilah aku dapat meluahkan cintaku pada ibuku.

Mak, selagi Hanif hidup. Mak rileks jer. Jaga kesihatan mak dan buat ibadat yek. Jangan pikir hal-hal lagi. Join ler dengan geng Maulud mak dan belajar mengaji serta dengar ceramah agama dengan geng mak.

Kalau UMNO ada buat jalan-jalan pergi Kelantan atau mana-mana, mak ikut jer. Nanti Hanif hulur sikit..hehehehe.
I Love U Mum....Hanifah Harun.
Nampak tak, nama aku pun guna singkatan nama mak aku. Anak mak ni. Sebab itu selalu menyakitkan hati mak jerrrr...

Khamis, 19 Oktober 2017

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

11:02:00 PTG 0
Isteri Terbaik Adalah Isteriku
Isteri Terbaik Adalah Isteriku
Menyiarkan artikel yang bertajuk Isteri Terbaik Adalah Isteriku adalah satu keputusan yang paling sukar sepanjang saya mejadi blogger. Artikel sedemikian bukanlah minat saya kerana artikel yang memuji diri sendiri, anak atau isteri adalah artikel  yang membuat kita "menyampah".

Namun aku terus mendesak untuk menulis artikel ini setelah difikirkan sedalam-dalamnya. Kenapa aku kata Isteri Terbaik Adalah Isteriku.

Isteri Terbaik Adalah IsterikuLahirnya seorang wanita yang bergelar isteri, tugas utamanya beralih kepada suaminya. Dan isteri aku mempunyai segala-galnya. Ya, wanita zaman ini mungkin banyak mendesak tapi lama kelamaan biasalah kita dan lagi pun kita bukan mahu isteri yang terlalu mengikut kata kita hingga tidak boleh berfikir sendiri kan.

Perkara yang membuat aku begitu menghargainya ialah ketika aku dibuang kerja. Selam 3 bulan aku tidak tidak bekerja dan wang simpanan bukannya ada, Gadai barang kemas, minta bantuan emaknya dan adiknya dan aku sendiri bertuah mempunyai ibu yang memahami diriku.

Selama 3 bulan beliau iaitu isteriku tabah melayani suaminya yang tidak bekerja. Siapa kata aku tak risau. Duit rumah, duit kereta, perbelanjaan bulanan semuanya wajib kena bayar. Isteri sendiri pun berhenti membantu keluarganya disebabkan aku.

Tak pernah mengeluarkan suara walau sedikitpun tentang masalah kami. Malah menyokong apa jua tindakan aku. Itulah pengorbanan terbesar isteri aku.

Dan melalui pengorbanan beliau dan doa wanita-wanita terbaik dalam hidupku iaitu ibuku dan isteriku. Bulan keempat  aku  amemperolehi pekerjaan. Jika sebulan lagi tak bekerja, habis semua harta kami. Syukur alhamdulilah.

Untuk mengenal isteri kita betul-betul menyokong kita adalah waktu kesusahan kita paling tertinggi. Dan saya bertuah isteri saya 100% cuba memahami masalah aku ketika itu. Rasanya tak mahu lalui ujian sedemikian lagi. Mental terus jatuh dan keyakinan diri kosong. Hanya keluarga yang menyokong anda.

Dan sebagai suami, aku banyak menyakiti hatinya secara sedar atau tidak. Tapi itulah sikap wanita, merajuk dan kemudian pulihkan diri sendiri...hahahahaha.

Dari segi pergaulan pula. Jangan mimpi ada lelaki lain nak bergurau-gurau kasar dengan beliau. Isteri aku setakat aku mengahwaninya belum pernah lihat ia bergurau dengan rakan-rakan lelaki aku atau melihat lebih batasan pergaulan dengan mana-mana lelaki. Aku tahu ler sebab kami satu tempat kerja.
Bukanlah aku melarang dia berkawan dengan mana-mana lelaki maksudnya pergaulannya ada batasnya.

Satu rahmat yang terbaik, sebab aku adalah lelaki yang kuat cemburu walaupun aku tak akuinya. Dan sikap isteri ku yang pandai menjaga dirinya memadamkan cemburu aku.

Manakala dengan pergaulan rakan wanita. Ramai rakan-rakan wanita beliau sering ajak keluar tetapi beliau tidak pernah pergi hingga hari ini. Belum pernah dalam sejarah aku berkahwin dengan isteriku. Aku melihat dia berjimba dengan rakan-rakan wanitanya. Malah aku pun tak pernah kenal rakan sekolah wanitanya. Semua ditanam selepas beliau berkahwin.

Kenapa? Untuk mengelakkan aku salah faham atau terpengaruh dengan aktiviti yang tidak baik.
Untuk siapa, sudah tentu untuk menjaga hati aku.

Tahukah anda bahawa isteri aku tidak tahu memandu kereta? Berkali-kali aku mendesaknya untuk belajar memandu kereta namun tidak kesampaian.

Isteriku sengaja tidak mahu belajar kerana dia tahu sikapnya yang suka berjalan-jalan. Dan takut kalau ada lesen kereta, mejadi lupa diri dan melalui pengalaman beliau dengan rakan-rakannya yang mempunyai lesen memandu. Semuanya terlalu bebas dan ada yang tersasar.

Jika mahu diceritakan terlalu banyak kebaikan dalaman isteri ku  ini. Orang yang paling aku sayang dan belum pernah aku ucapkan sedemikian di hadapannya.
Aku lelaki tipikal melayu macam ini ler, susah nak sebut Isteriku Adalah Nyawaku,

Terima kasih isteriku, walau pun abang kau ini gemuk dan degil dan suka sepah barang. Walau pun cayang suka berleter setiap hari, sayang adalah permata abang. Abang sayang kamu.

Aku menulis di blog ini yang tidak mungkin dibaca oleh isteriku. Ini adalah blog sampingan aku.
Aku menulis di sini keran aku bersyukur nikmat yang Allah berikan padaku.

Betul...setiap ujian yang Allah berikan kita ada hikmahnya.Aku adalah sebahagian insan bertuah menerima ujianNya dan hikmahnya memang tiada nilainya. amin.


Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Isteri Terbaik Adalah Isteriku


Ahad, 25 Jun 2017

Syawal Pertama 2017

3:45:00 PTG 0
Syawal Pertama 2017

Syukur alhamdulilah syawal pertama dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri di surau kampung aku.

Kemudian bersalaman dengan ibu tersayang. Memohon maaf adalah tradisi sempena hari raya aidilfitri ini. Berpeluang dicium oleh ibu tersayang sambil memohon maaf...hihihi.

Balik ke kampung mentua bertemu isteri tersayang serta anak-anak tercinta. Tradisi diteruskan dengan aktiviti salam kemaafan.
Salam dengan mak dan bapa mertua diteruskan

Tidak dilupakan mengambil gambar yang merupakan keutamaan aku. Tahun ini terlupa pula bawa tripod kamera. Guna kamera handphone ajer ler... dan sikit-sikit guna kamera dlsr.

Yang penting gambar jelas dan aku hensem.
Disini saya mengucapkan salam aidilfitri. Mohon maaf dipinta.

Nak kongsi gambar Syawal bersama keluarga.