Az-Zukhruf bermaksud perhiasan.
Surah ini dinamakan surah Az - Zukhruf kerana terdapat perumpamaan yang indah mengenai kesenangan dunia yang akan hilang dan keindahannya begitu memukau .
Diumpamakan seperti perhiasan berkilau yang ramai tertipu dengannya sedangkan Allah SWT tidak memandang keindahan tersebut walau seberat sayap nyamuk .
Allah SWT menawarkan nikmat - nikmat kepada orang baik dan orang jahat tetapi akhirnya hanya kepada hamba - Nya yang bertaqwa.
Dunia adalah negeri yang fana ' (akan musnah) dan akhirat jugalah negeri yang kekal abadi.
Menurut al-Biqaie, surah ini menunjukkan janji Allah SWT untuk tidak memberikan perhiasan kepada seluruh kafir , bahkan ada yang difakirkan dan ditiadakan terus agar dimudahkan mereka mencabut kekufuran yang telah lama bersarangdalam hati dan mudah mereka mencari Tuhan dan kembali kepadanya , maka surah ini berita gembira kepada ketinggian agama ini dengan akal dan hikmah dan bukan sebaliknya dengan perhiasan dan kebendaan.
Antara objektif surah ini adalah untuk mendidik cara kita memandang perhiasan dunia dan apa yang dikejar oleh manusia iaitu kemewahan.
Surah ini juga merupakan surah yang paling banyak menyebut mengenai emas dan perak.
SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN
RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA!
.
Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.
.
Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan