Islam Is Great : covid-19

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Memaparkan catatan dengan label covid-19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label covid-19. Papar semua catatan

Selasa, 21 April 2020

BILA YANG MISKIN DILUPAKAN

5:23:00 PTG 0
BILA YANG MISKIN DILUPAKAN


Semenjak beberapa hari ni admin kerap melihat isu tentang golongan miskin di musim PKP ni.
Hinggakan pendakwah terkenal Ebit terpaksa turun padang menolong hingga ke Alor Setar. Lupakan tentang isu Ebit yang dikecam menolong orang miskin oleg sesetengah masyarakat.



Itu hanya contoh kes di Alor Setar tetapi bagaimana dengan beberapa daerah atau kampung penduduknya kais pagi makan pagi atau bahasa mudahnya harapkan gaji harian.

Kes pertama admin sendiri telah melihat dikampung di Melaka, sebuah keluarga siap hantar FB meminta tolong bantuan. Kerja isterinya cleaner dan suaminya kedai dobi tidak mendapat gaji semenjak PKP ni.

Belum lagi di taman mak admin ada seorang pekerja kontrak pembinaan, tak mampu membayar duit sewa kerana sudah lama tak bekerja.

Kes pertama kami bantu dengan meminta bantuan dari JKM dan guna bantuan dari kampung lain dan sedikit bantuan kewangan.

Kes kedua, ada penduduk kami memberi beliau kerja mengecat rumah dengan memberi upah. Dan ada beberapa menanti abang ni selain bantuan makanan.

Admin agak pelik apakah fungsi  AJJK kampung atau parti yang ada di kampung. Tiadakah bantuan yang diberi padahal bantuan makanan COVID-19 kerajaan telah katakan semua pihak akan memerlukan pasti akan ditolong.

Jangan salahkan kerajaan dalam hal ni, mereka telah buat budget bantuan dan bantuan itu sepatutnya diuruskan oleh Ketua Kampung dan ahli-ahlinya. Namun bantuan tak kesampaian dan paling teruk di kawasan kampung.

Kes di taman-taman tak seteruk dikampung apa yang admin perhatikan. Padahal semua orang kampung ni pendidikan agama tinggi malah kenal lebih rapat.

Admin amat sedih melihat ada yang tak makan. Sambil tu melihat anak admin nak makan semua dapat. Sedih kerana jika situasi itu berlaku pada admin. Dan admin bantu apa yang boleh admin bantu tapi admin masih tak puas hati atas sikap sesetengah ketua yang tidak ambil peduli kebajikan penduduk sekitarnya. 

Bila ada orang hendak membantu, dikecam suka menunjuk-nunjuk apabila bantu orang. Padahal kenapa pada mulanya anda yang mengecam tidak membantu. 

Memang admin cukup geram dengan sikap ketua sebegini. Nasib baik etika sebagai blogger.

Harapan admin, berubahlah boss-boss kat kampung ni. Bekerjalah dan lihatlah kesusahan anak buah anda. Anda mempunyai rangkaian yang rapat dengan ahli politik dan JKM gunakan kuasa anda ni.