SURAH AZ-ZARIYAT
SURAH AZ-ZARIYAT ini merupakan surah ke 51 dalam susunan 114 surah. Surah ini mengandungi 60 ayat dan merupakan surah makkiyah.
Surah Az-Zariyat bermaksud angin yang menerbangkan.
Surah ini dinamakan Az-Zariyat yang bererti angin yang menerbangkan kerana pada permulaan surah ini Allah SWT bersumpah dengan angin, awan, bahtera dan malaikat yang menjadi sumber kesejahteraan dan pembawa kepada kemakmuran.
Hal ini mengisyaratkan bahawa adanya perlindungan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.
Nama surah ini disebut pada ayat 1 :
ÙˆَٱلذَّرِÙŠَٰتِ Ø°َرۡÙˆٗا
Maksud : Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -
(Surah Az -Zariyat : Ayat1)
Objektif surah ini menunjukkan bukti kebenaran mesej inzar daripada surah qaf dengan bukti yang terang-terangan.
Surat Az-Zariyat memberikan penekanan bahwa rezeki berada di tangan Allah swt. Pemberian atau penahanan rezeki berdasarkan perintah-Nya, baik di dunia ataupun di akhirat.
Oleh kerana itu, jika anda menyimpang dari jalan Allah dan tidak mentaati-Nya, ke mana anda akan pergi?
Bumi mana yang akan anda duduki?
Langit mana yang akan menaungi anda?
Oleh itu kembalilah kepada Allah. Berlarilah menuju Allah dengan menjadi orang yang beriman.
Allah menjamin rezeki orang yang beriman sentiasa terjaga di langit dan tidak akan disia-siakan.
SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN
RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA!
.
Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.
.
Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan