Surah Az-Zumar
Surah ini mengingatkan kita untuk memilih sama ada kita mahu tergolong dalam golongan ahli Syurga atau mahu tergolong dalam golongan ahli Neraka.
Selain itu, saat kita membaca surah ini hendaklah sentiasa ingat siapalah yang akan membantu kita meraih keikhlasan menjadi teman di dunia ini dan siapalah pula yang akan menjadi ahli rombongan kita saat kita masuk ke Syurga nanti.
Surah ini menjadi pembuktian kebenaran janji Allah atas kedua-dua kelompok di akhirat nanti dan Allah meletakkan detik sesuatu itu akan berlaku tepat pada masanya.
Surah ini juga menegaskan hakikat tauhid dan usaha memerangi perbuatan syirik.
Menurut Amru Khalid dalam kitabnya khawatir quraniyah menyebut bahawa surah ini adalah surah yang terbaik yang disukai dan banyak dihafal oleh para ahli al-quran.
Hal ini kerana kandungan makna dan ayat-ayatnya sangat indah.
Antara perkara utama yang menjadi perbincangan dalam surah ini adalah saranan sifat ikhlas, selalu mengharap redha Allah dalam segala amal dan menjauhkan diri daripada sifat riak.
Oleh kerana itu sesiapa yang ingin menguji tahap keikhlasan dalam beramal dan menilai adakah amalan itu tercampur sifat riak maka hendaklah membaca ayat-ayat dalam Surah Az-Zumar.
SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN
RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA!
.
Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.
.
Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan