Islam Is Great : QURAN

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Memaparkan catatan dengan label QURAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label QURAN. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2022

Surah As-Syura

9:44:00 PTG 0
Surah As-Syura

Surah As-Syura

Surah ini dinamakan As-Syura kerana sebagai membesarkan kedudukan musyawarah (perbincangan) dalam menetapkan sesuatu perkara dan memberi pengajaran kepada orang-orang yang beriman sehingga menegakkan kehidupan mereka mengikut cara yang baik dan sempurna.

Syura atau musyawarah memberikan kesan yang sangat penting kepada individu dan masyarakat seperti dalam firman-Nya pada ayat ke-38:

وَٱلَّذِینَ ٱسۡتَجَابُوا۟ لِرَبِّهِمۡ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَمۡرُهُمۡ شُورَىٰ بَیۡنَهُمۡ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ یُنفِقُونَ

Maksud : Dan urusan mereka dijalankan secara mesyuarat sesama mereka.
(Surah As-syura : Ayat 38)

Di zaman nabi juga, syura menjadi penekanan dalam meletakkan atau menetapkan sesuatu perkara seperti perbincangan peperangan, pemilihan khalifah dan sebagainya.

Surah Asy-Syura memberikan penjelasan kepada kita bahwa yang dilarang adalah perselisihan dan perpecahan.

Adapun yang diwajibkan adalah sesuatu yang dapat mencegah munculnya perpecahan, iaitu musyawarah. Jika boleh disimpulkan perbahasan


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah Az-Zukhruf bermaksud perhiasan

9:43:00 PTG 0
Surah Az-Zukhruf bermaksud perhiasan

Surah Az-Zukhruf

Surah Az-Zukhruf bermaksud perhiasan


Az-Zukhruf bermaksud perhiasan.

Surah ini dinamakan surah Az - Zukhruf kerana terdapat perumpamaan yang indah mengenai kesenangan dunia yang akan hilang dan keindahannya begitu memukau .

Diumpamakan seperti perhiasan berkilau yang ramai tertipu dengannya sedangkan Allah SWT tidak memandang keindahan tersebut walau seberat sayap nyamuk .

Allah SWT menawarkan nikmat - nikmat kepada orang baik dan orang jahat tetapi akhirnya hanya kepada hamba - Nya yang bertaqwa.

Dunia adalah negeri yang fana ' (akan musnah) dan akhirat jugalah negeri yang kekal abadi.

Menurut al-Biqaie, surah ini menunjukkan janji Allah SWT untuk tidak memberikan perhiasan kepada seluruh kafir , bahkan ada yang difakirkan dan ditiadakan terus agar dimudahkan mereka mencabut kekufuran yang telah lama bersarangdalam hati dan mudah mereka mencari Tuhan dan kembali kepadanya , maka surah ini berita gembira kepada ketinggian agama ini dengan akal dan hikmah dan bukan sebaliknya dengan perhiasan dan kebendaan.

Antara objektif surah ini adalah untuk mendidik cara kita memandang perhiasan dunia dan apa yang dikejar oleh manusia iaitu kemewahan.

Surah ini juga merupakan surah yang paling banyak menyebut mengenai emas dan perak.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah Ad - Dukhan bererti kabut atau asap

9:42:00 PTG 0
Surah Ad - Dukhan bererti kabut atau asap

Surah Ad - Dukhan

Surah Ad - Dukhan bererti kabut atau asap

Surah ini dinamakan Ad - Dukhan bererti kabut atau asap kerana ayat ini menakutkan orang kafir di mana mereka ditimpa kemarau dan kebuluran kerana mereka mendustakan dan mengingkari Rasulullah SAW .

Lalu Allah SWT mengutuskan kabut sehingga mereka hampir mati.

Namun , mereka diselamatkan oleh Rasulullah SAW dengan berkat doa baginda.

Apakah yang dimaksudkan dengan ad-dukhan?

Asap yang berwarna gelap. Keadaan ini berlaku selepas Nabi SAW berhijrah ke Madinah.

Tafsiran ulama tentang asap seperti berikut:

1) Musyrikin Mekah pernah ditimpa kemarau panjang hingga debu berterbangan. menjadi teruk dan keadaan itu seolah-olah seperti diliputi oleh asap.

2) Musyrikin Mekah terlalu lapar sehingga nampak langit berasap.

3) Pandangan lain mengatakan ianya hendak menceritakan tentang tanda-tanda kiamat iaitu keluar asap.

4) Ada juga pandangan yang lain mengatakan ianya adalah keadaan berasap di akhirat kelak, bukan di dunia. Keadaan yang terlalu kering membuatkan debu.

Suruh ini memberi peringatan dan ancaman keras kepada mereka yang menolak rahmat Allah dari langit bahawa azab dari langit juga akan diturunkan sebagai balasan yang setimpal buat mereka.


SSEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




Surah Al-Fath yang bermaksud kemenangan

9:40:00 PTG 0
Surah Al-Fath yang bermaksud kemenangan

Surah Al-Fath

Surah Al-Fath yang bermaksud kemenangan

Surah Al-Fath yang bermaksud kemenangan ini merupakan surah yang ke-48 dalam susunan 114 surah. Surah ini mengandungi 29 ayat dan merupakan surah madaniyyah.

Surah ini dinamakan al-Fath kerana Allah memberi berita gembira kepada orang beriman dengan kemenangan selepas pulang daripada perjanjian hudaibiyah. Selepas turunnya ayat pertama ini Rasulullah saw bersabda :

"Telah diturunkan kepada aku malam ini satu surah yang lebih aku suka daripada dunia dan apa yang terkandung di dalamnya."

(Diriwayatkan oleh as Syaikhani, at Tirmizi dan al Hakim dari Anas)

Sebanyak 4 kali perkataan al-fath nyatakan dalam surah ini sedangkan ia tidak pun disebut dalam mana-mana babak peperangan yang diceritakan oleh al-Quran.

Hal ini jelas membuktikan Islam menerangkan kemenangan yang sebenar ialah peluang dalam ruang dialog yang muncul di sebalik perdamaian dengan musuh dan bukan sebaliknya. 

Matlamat yang sebenar bukanlah dengan pertempuran di medan tempur dan mengangkat senjata semata-mata.

Allah berfirman dalam surah al-Fath ayat 1 :

إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحٗا مُّبِينٗا

Maksud : Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

(Surah Al-Fath : Ayat 1)

Surah Al-Fath mempunyai hubungan dengan surah Muhammad sebelum ini di mana surah Muhammad berbicara tentang keharusan mengikut nabi sedangkan surah al-Fath menjelaskan ciri orang yang mengikuti nabi.

Moga surah ini memberi manfaat buat kita semua.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




Surah Al-Hujurat ini bermaksud bilik-bilik

9:39:00 PTG 0
Surah Al-Hujurat ini bermaksud bilik-bilik

Surah Al-Hujurat

Surah Al-Hujurat ini bermaksud bilik-bilik


Surah Al-Hujurat ini bermaksud bilik-bilik. Surah ini merupakan surah yang ke 49 mempunyai 18 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.

Surah ini dinamakan Al-Hujurat kerana ramai yang memanggil Nabi Muhammad SAW dari luar kamar atau bilik pada waktu yang tidak bersesuaian dan ini merupakan suatu sikap yang tidak sopan kepada Nabi Muhammad SAW. 
Orang mukmin tidak akan mampu keluar ke penjuru dunia dengan sikap sedemikian dan tidak akan mengenal bangsa-bangsa lain sehinggalah mereka bersikap sopan terhadap nabi mereka.

Surat Al-Hujurat berbicara tentang adab-adab interaksi, terutama interaksi dengan Nabi saw.
 
Oleh itu, kita dapat memahami rangkaian tiga surah dan hubungan antara satu dengan lainnya, dimana Nabi saw adalah fokus utamanya. 

Surah Muhammad menjelaskan bahwa mengikuti Nabi adalah bukti diterimanya amal. 

Surah Al-Fath menjelaskan sifat- sifat orang-orang yang mendapatkan kemenangan, 
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia...". 
Sedangkan Surah Al-Hujurat memberikan pesan, “Wahai orang yang akan mendapatkan kemenangan, hiasilah diri dengan adab-adab sosial, terutama adab kepada Nabi saw." 

Betapa adab yang diterangkan dalam surah al-hujurat iaitu :
1) Adab terhadap syariat
2) Adab terhadap Nabi Muhammad
3) Adab menerima sesuatu berita
4) Adab sesama orang beriman
5) Adab mendamaikan orang yang berselisih
6) Adab berinteraksi sesama manusia
7) Adab terhadap seluruh manusia

Moga dengan pemahaman terhadap surah ini menjadikan kita insan yang lebih baik dalam berinteraksi dengan manusia.
Moga surah ini memberi manfaat buat diri kita.


SSEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah Qaaf

9:38:00 PTG 0
Surah Qaaf

Surah Qaaf

Surah Qaaf

Surah ini merupakan surah yang ke-50 dalam susunan 114 surah. Surah ini mengandungi 45 ayat dan merupakan surah Makiyyah.

Nama surah ini disebut pada ayat 1.

Surah ini dinamakan Qaf kerana dimulakan dengan huruf hijaiyah iaitu Qaf. Surah ini sama seperti surah Sad dimulakan dengan huruf hijaiyah. Maksud Qaf tersebut hanya Allah SWT yang mengetahuinya.

Rasulullah SAW sering membaca surah ini dalam solat jumaat kerana surah ini mengandungi kisah kebangkitan, hari kiamat, pahala, syurga, neraka dan beberapa kisah lagi.
Surah ini juga menceritakan tentang kebenaran Rasulullah dan mesejnya yang memberi ancaman mengenai realiti hari kebangkitan semula.

Amru Khalid dalam kitab Qawatir Quranniyyah menyebut tentang surah ini :
"Al-Quran, khususnya surah Qaaf dan surah-surah setelahnya merupakan jalan yang menuju kepada kejernihan hati."
"Oleh kerana itu, wahai saudaraku, bacalah dan hafalkan surah-surah ini dengan niat untuk membersihkan dan menguatkan hati."

Dari sini dapat difahami alasan mengapa surah ini diawali dengan sumpah terhadap Al-Quran adalah kerana al-Quran adalah sebaik-baik cara pemulihan penyakit hati.

Kesihatan hati dapat mengantar kepada pilihan jalan yang baik. Perlu diketahui bahwa surat Qaaf, Adz-Dzariat, Ath-Thuur, dan An-Najm diawali dengan sumpah. 

Uniknya, tujuan surah-surah ini mempunyai kaitan erat dengan ayat-ayat yang memuat sumpah, sebagaimana kita lihat dalam surat Qaaf.

Moga surah ini dapat kita baca dan hafal supaya mampu memberi kejernihan dan penguat hati kita.



SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




SURAH AZ-ZARIYAT

9:37:00 PTG 0
SURAH AZ-ZARIYAT

SURAH AZ-ZARIYAT


SURAH AZ-ZARIYAT


SURAH AZ-ZARIYAT ini merupakan surah ke 51 dalam susunan 114 surah. Surah ini mengandungi 60 ayat dan merupakan surah makkiyah.

Surah Az-Zariyat bermaksud angin yang menerbangkan.

Surah ini dinamakan Az-Zariyat yang bererti angin yang menerbangkan kerana pada permulaan surah ini Allah SWT bersumpah dengan angin, awan, bahtera dan malaikat yang menjadi sumber kesejahteraan dan pembawa kepada kemakmuran.

Hal ini mengisyaratkan bahawa adanya perlindungan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.

Nama surah ini disebut pada ayat 1 : 

وَٱلذَّرِيَٰتِ ذَرۡوٗا

Maksud : Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -

(Surah Az -Zariyat : Ayat1)

Objektif surah ini menunjukkan bukti kebenaran mesej inzar daripada surah qaf dengan bukti yang terang-terangan.

Surat Az-Zariyat memberikan penekanan bahwa rezeki berada di tangan Allah swt. Pemberian atau penahanan rezeki berdasarkan perintah-Nya, baik di dunia ataupun di akhirat. 

Oleh kerana itu, jika anda menyimpang dari jalan Allah dan tidak mentaati-Nya, ke mana anda akan pergi? 

Bumi mana yang akan anda duduki?
Langit mana yang akan menaungi anda?

Oleh itu kembalilah kepada Allah. Berlarilah menuju Allah dengan menjadi orang yang beriman.

Allah menjamin rezeki orang yang beriman sentiasa terjaga di langit dan tidak akan disia-siakan.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI