Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 14 Februari 2018

10 PERKARA YANG AKU TAKUTKAN

2:55:00 PTG 0
10 PERKARA YANG AKU TAKUTKAN
10 PERKARA YANG AKU TAKUTKAN
1.Yang aku takut...
hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat,
namun sangat pandai menasihati...
2. Yang aku takut...
aku merasa paling benar,sehingga merendahkan yang lain...
3. Yang aku takut..
egoku terlalu tinggi,hingga merasa paling baik di antara yang lain...
4. Yang aku takut...
aku lupa bercermin,namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
5. Yang aku takut...
ilmuku akan membuatku menjadi sombong memandang yang berbeza denganku..
6. Yang aku takut..
lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku,namun lupa dengan aibku yang menggunung...
7. Yang aku takut...
aku hanya hebat dalam berkata,namun buruk dalam bertindak..
8. Yang aku takut..
aku hanya pintar dalam berdakwah,namun sulit untuk mentaati...
9. Yang aku takut...
aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri...
10. Yang aku takut,
aku membenci dosa orang lain..
namun saat aku sendiri buat dosa,aku enggan membencinya...
Ya Allah ya Tuhanku ...
Ampunilah kesalahanku
aku berlindung pada-Mu dari kelemahanku sendiri..
Lembutkanlah hatiku dan redam egoku..
Jauhkan aku dari sifat berbangga diri,hasad,iri dan dengki...
Sesungguhnya aku memohon hidayah
dan ampunan-Mu..
Aamiin yaa Rabbal aalamiin..Allahuma Solli Ala Muhammad
Wa'ala Ali Muhammad

Bila ku Teringat Pada Rasulku....

8:11:00 PG 0
Bila ku Teringat Pada Rasulku....
Bila ku Teringat Pada Rasulku....

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak seribu tahun dahulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
ﷺ
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah kerana membawa nikmat iman dan islam . Syafaatkan kami di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya Ya Habiballah 
Muhammad s.a.w
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد

JOM SEBARKAN AGAR KITA DAPAT TELADANI BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW

Ahad, 11 Februari 2018

Berbahagialah Saat Mereka Mengejimu

6:27:00 PTG 0
Berbahagialah Saat Mereka Mengejimu
Berbahagialah Saat Mereka Mengejimu

Seorang laki-laki yg tidak sependapat dengan seorang murabbinya lalu ia datang bertemu dengan murabbinya serta mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar dan kesat meluahkan kebenciannya kepada murabbinya.
Murabbinya hanya mendiamkan diri, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.
Setelah lelaki tersebut berlalu, murid yg melihat peristiwa itu segera bertanya :
"Mengapa tuanguru mendiamkan sahaja tanpa membalas makian dan kejian lelaki itu?"
Bening seketika, beberapa saat kemudian, Murabbi itu mula bertanya kepada murid nya: “Jika ada seseorang memberikan kepada kamu sesuatu,  tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapa kah pemberian itu ?”
"Tentu saja menjadi milik si pemberi”, jawab muridnya.*
"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu”, tukas murabbinya dengan lembut.
“Kerana aku tidak mahu menerima kata-kata makian dan kejian itu, lantas aku mendiamkan diri dari menjawabnya, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. Tidakkah dia wajib mengerti dan menyedari, suatu hari nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia atau pun akhirat, karena sikap buruk dan negatif yg muncul dari pikirannya, perasaannya, perkataannya, dan segala perbuatannya hanya akan membuahkan penderitaan hidup yang akan di kembali keatas dirinya pula, manakala kita? berbahagialah dengan pahala yang di beri percuma oleh yang maha pemurah dek kesabaran yang kita miliki!!”.
Demikianlah hati.. berbahagialah dan damailah saat mereka mengejimu...

DOA YG MAKBUL DARI IBUMU

6:10:00 PG 0
DOA YG MAKBUL DARI IBUMU
DOA YG MAKBUL DARI IBUMU

*DOA YG MAKBUL*
DOA SEORG IBU AMAT MAKBUL DI SISI ALLAH BAIK DLM BERWUDUK & TIDAK BERWUDUK, DLM SOLAT ATAU DI LUAR SOLAT, DI ATAS SEJADAH SEMBAHYANG & DI LUAR SEMBAHYANG, DLM JAGA ATAU TERLELAP TIDUR SEKALI PUN BERDETIKNYA HATI IBU MEMIKIRKAN KEMUJURAN KEBAIKAN UTK ANAKNYA ITU PUN ADALAH DOA KPD ALLAH SEBAHAGIAN DOA IBU YG FASIK UTK ANAK YG DURHAKA PUN DIMAKBUL ALLAH. SAYANGILAH & CINTAILAH IBU & AYAH SEPENUH JIWA KERANA KEREDHOAN IBU & AYAH KEPADA ANAKNYA ADALAH KEREDHOAN ALLAH YG MEMBAWA ANAK KE SYURGA ALLAH.
*"SYURGA PERTAMA"*
IBU - KEWANGIAN & KEHARUMAN, SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU KERANA SEBELUM ROH DIMASUKKAN KE DLM JASAD, SEMASA IBU KITA MENGANDUNGKAN KITA KETIKA BERADA DI DLM RAHIM IBU DLM TEMPOH 120 - 145 HARI KITA TIDAK BERGERAK, KITA HIDUP BERKONGSI " ROH " BERSAMA IBU SELAMA 4 BULAN & SETELAH ROH MASUK KE DLM JASAD KITA, KITA MULA BERGERAK.
*"SYURGA KEDUA"* SETELAH KITA DILAHIRKAN KITA MEMBESAR DGN BERKONGSI " NYAWA " DGN DARAH IBU - SUSU DARI TUBUH IBU.
*"SYURGA KETIGA"* KITA BERKONGSI " KASIH -SAYANG '" DGNNYA. CINTA KASIH SAYANG IBU KEPADA ANAK SEPANJANG HAYAT AKAN MEMBAWA KITA KE SYURGA ALLAH.
ROH IBU, SUSU IBU & KASIH SAYANG IBU ADALAH SYURGA KEPADA ANAK- ANAKNYA DI DUNIA INI DGN KEREDHOAN ALLAH ADALAH JALAN KITA KE SYURGA ALLAH.
PELUK & CIUMLAH IBU KITA YG SUDAH BERUSIA DGN PENUH PERASAAN KASIH SAYANG LEBIH DARI KITA MEMELUK & MENCIUM ANAK- ANAK KITA, HILANGKAN SIFAT MALU ANAK- ANAK LELAKI MEMELUK IBU KITA BEGITU JUGA ANAK PEREMPUAN MEMELUK AYAH KITA, CIUM KEDUA- DUA PIPINYA SERTA HIRUP KEWANGIAN KEHARUMAN KEDUA TELAPAK TANGAN IBU YG TERBUKA IBARAT SEDANG BERDOA MASUK KE DLM JASAD KITA KERANA DI SITULAH LETAKNYA RESTU IBU KITA KEPADA KITA APABILA KITA MENCIUM KEDUA - DUA TELAPAK TANGANNYA. RASAKAN KEHANGATAN DAKAPAN PELUKAN TUBUH BADAN IBU KITA KEPADA BADAN KITA SEBAGAIMANA HILANGNYA SIFAT MALU IBU MENDAKAP KITA KE DADANYA KETIKA MENYUSUKAN KITA SEMASA KECIL.
BERDETIKNYA HATI IBU BERKATA," ANAK- ANAKKU TERLALU SAYANGKAN AKU " ITULAH DOA KASIH SAYANG IBU KEPADA KITA YG MEMBUKA JALAN KE SYURGA ALLAH KERANA TERLALU CINTANYA KITA KEPADA IBU, KITA BELUM PASTI,  MUNGKIN ESOK ATAU LUSA ... ITU ADALAH PELUKAN & CIUMAN TERAKHIR KITA KEPADA IBU KITA KETIKA IBU MASIH HIDUP ...
HADIAHKAN AL- FATIHAH UTK IBU & AYAH TIDAK KIRA IBU & AYAH KITA MASIH HIDUP ATAU TELAH TIADA LAGI.
*YA ALLAH, YA TUHANKU KAU MASUKKAN IBU BAPAKU KE DLM SYURGA MU & KAU SELAMATKAN MEREKA DARI AZAB API NERAKA ATAS SIFAT KASIH SAYANG MEREKA KEPADAKU.*
AMIN, AMIN, AMIN, YA RABBAL ALAMIN
Wallahu a'lam.

Sabtu, 10 Februari 2018

Tawaran Miliki Hartanah Untuk Semua

8:02:00 PTG 0
Tawaran Miliki Hartanah Untuk Semua
Tawaran Miliki Hartanah Untuk Semua
Bismillahirahmaanirahim.
Tawaran miliki hartanah untuk semua:
                       
PERUMAHAN EKSKLUSIF "FIRDAUS RESIDENCY".
INDAH, NYAMAN, AMAN, DAMAI LAGI BARAQAH.
Tersedia 4 JENIS KEDIAMAN UNTUK DIREBUT:
1. Jannatun Na'i'm
2. Jannatul Ma'wa
3. Jannatul Firdaus
4. Jannatun 'Adn
(Semua Jenis tersedia utk milik mutlak anda)
FASILITI & LANDSKAP :
- Sungai Susu Salsabila
- Danau Terindah Al-Kautsar
- Tanpa perlu bayar bil dan cukai pintu bagi semua lot
- Tinjauan tidak Terbatas
- Akses Masuk ke-8 Pintu
- Taman Mainan Anak2 Sholeh/Sholehah
- Taman-taman dipenuhi pohon buah-buahan, nikmat yg tidak pernah putus untuk dinikmati.
- Bonus Bidadari & Bidadara
- Hak milik Abadi Selama2nya
(Free Hold).
SYARAT TEMPAHAN:
1. Taubat & Kembali kpd JlnNya.
2. Berpegang Teguh AgamaNya.
3. Laksanakan Syari'atNya.
4. Rezeki yang Halalan Thaiyibah.
DEPOSIT:
- 100% Solat Fardu & Sunat
- 2.5% harta utk Zakat
- 100% Rajin sedekah & Infaq
- 100% Luangkan waktu utk baca Al-Qu'an & Majlis Ilmu
- Usaha Beramal soleh
- Eratkan Sillaturrahim
- Doakan kedua Orang tua
- Berdakwah
- Jauh diri dari maksiat & khurafat
Masa sangat Terhad!
Stock Penghuni tidak Terhad!
Dijamin didalam Al-Quran!
Lebihkan ibadah Solat Tahajjud disetiap malam bagi menjamin tempat yang lebih baik.
Kunjungi kami di:
Masjid2, Surau2, Madrasah, Majlis 'ilmu, Majlis Dzikir & Selawat
Inilah sebaik2 Kediaman. Tempah sekarang juga, tua atau muda, miskin atau kaya semua layak memohon tanpa syarat!
Mari sama2 kita rebut peluang ini sebelum terlambat, masa semangkin singkat.
Kongsi Ya!

Selasa, 6 Februari 2018

Jangan Marah Jika Anak Lambat Dapat Mengaji

9:20:00 PTG 0
Jangan Marah Jika Anak Lambat Dapat Mengaji
Jangan Marah Jika Anak Lambat Dapat Mengaji
Teguran dari Allah.
Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.
Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.
Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lamabt boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.
Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.
Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
" Tak mengaji kat rumah ke?"
Si anak menjawab jujur.
" Mengaji ustazah"
Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya.
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.
Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.
Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.
Macam mana?
Kemudian ustazah 'push' anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.
Ustazah ajar berkali kali.
Masih juga tak dapat.
Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.
Lalu ketika itu dia membuka quran dan membaca surah yang dibuka secara random.
Surah Ar Rahman
Dialah yang mengajarkan Al-Quran- Ayat 2
.
Jika kita belek tafsir quran maksud adalah
Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.
Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri.
Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.
Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.
Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, 'follow' pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.
Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.
Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
.
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan tuhan.
Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar.
Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.
Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar.
Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.
Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH  supaya anak diberi kefahaman.
Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.
.
Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya  sekarang dia menjadi hafiz☺
.
Belajar sesuatu tak?
Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.
Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.
insyaAllah.
#ibumenulis

Isnin, 5 Februari 2018

Penambahbaikan Blog Islam Is Great

10:29:00 PG 0
Penambahbaikan Blog Islam Is Great
Penambahbaikan Blog Islam Is Great

Salam pada semua. Terima kasih kerana membaca artikel dari Islam Is Great. Semoga kita bersama-sama dapat memperolehi ilmu dan manfaat dari artikel blog ini. amin.

Blog Islam Is Great kini membuat penambahan baru dengan membina facebook pages bukan untuk mendapatkan like tetapi memasukkan artikel berbentuk gambar dan video agama untuk kita kongsi bersama.

Tapi malangnya saya tersalah taip pula, Islam Ia Great tetapi saya tidak akan mengubahnya. Kerana meihat keunikan tajuk pages ini. Bahasa Inggeris dan Melayu dicampurkan bermaksud Islam Ia Great ialah Ia membawa makna benar/Pasti Islam adalah Sesuatu Yang Hebat dalam kehidupan kita di dunia yang fana ini.


Apabila difikirkan adalah wajar membuat facebook pages ini kerana jika saya memasukkan video dalam blog percuma ini ia akan memakan jumlah storage yang besar di blog ini yang memberi 15GB percuma sahaja.

Biarlah blog ini menjalankan fungsi utama berbentuk arikel penulisan dan Facebook Pages menjadi wacana berbentuk video dan motivasi.

Diharap penambaikan blog ini beserta Facebook Pages memberi anda dan saya penambahan ilmu. Terima kasih.


Sabtu, 3 Februari 2018

MENUJU MASA TUA

3:30:00 PTG 0
MENUJU MASA TUA
MENUJU MASA TUA
*Bagus sekali, tlg dibaca berulang kali.*
*"MENUJU MASA TUA"*
*1. Sisa umur ini pendek,*
"selagi selera.....makanlah"
"selagi layak........pakailah"
"Selagi manfaat......belilah"
"Selagi bisa........berbagilah"
"Silaturahmi......lakukanlah"
*Nikmati hidup apa adanya.*
*2.* Dulu kita berusaha, utk memiliki. Kini saatnya untuk melepas, harta, tahta, anak, istri semua akan kembali kepada-NYA. *Bahagia terletak pada keikhlasan.*
*3.* Sehari berlalu, umur berkurang, berbuat baiklah karena *kita tidak tahu kapan akan dipanggil.*
*4.* Hidup ini sangat singkat dalam sekejap kita mulai tua dan *pasti masuk pusara..*
*5.* Jangan tengok ke atas akan selalu kurang, tengok ke bawah bisa merasa cukup dan syukuri apa adanya pasti bahagia. *Bersyukurlah..*
*6.* Yang terbaik adalah berbuat  baik, membantu orang lain, *Jangan  menyakiti, latih diri dgn berbaik sangka , agar sehat lahir batin.*
*7.* Kasih orang tua tidak ada batas. Sadarlah, bila anak sakit, orang tua bagai teriris, bila orang tua sakit anak cuma tengok dan bertanya.
Anak-anak memakai uang orang tua seperti keharusan, tetapi orang tua memakai uang anak pasti rikuh. *Cukupilah diri sendiri jangan berharap pemberian anak.*
*8.* Rumah orang tua adalah rumah anak, tetapi rumah anak bukanlah rumah orang tua. *Sadarilah.*
*9.* Orang tua selalu mendoakan anak, tapi anak jarang  mendoakan orang tua. Maka *bekali kubur kita dgn amal yg banyak, jangan bergantung pada doa anak.*
*10.* Kebaikan dan keburukan sebagai ujian dan tdk akan berakhir sampai kita mati. *Sikapi dg syukur dan sabar.*                                                                                                                                                                                 Mamah : Kalau anak anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita, giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri . . .
*Renungan menjelang tua . . .*
*Bila kita tua* ...
Luangkan waktu bersama pasangan anda karena salah seorang drpd kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yg indah.
*Bila kita tua* ...
Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan²lah ke beberapa banyak tempat untuk mengingat
kan kita tentang kebesaran Allah, utk mengagumi keindahan ciptaan NYA.
*Bila kita tua* ...
Jangan susahkan  diri *memikirkan anak² secara berlebihan*.
Mereka akan mampu berusaha sendiri.
Cuma tentukan hutang anda Lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.
*Bila kita tua* ...
Luangkan waktu  bersama rekan² lama karena peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.
*Bila kita tua* ...
Terimalah penyakit apa adanya.  Karena Semua sama,  kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu: lahir bayi, kanak², dewasa, tua, sakit & mati.
*Kata² nasehat* ...
Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih.
Selamat menikmati Masa Tua dengan Bahagia ...
*Bagus sekali, tlg dibaca berulang kali dan pelan2*

Khamis, 1 Februari 2018

DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN GERHANA MATAHARI

6:24:00 PG 0
DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN GERHANA MATAHARI
DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN GERHANA MATAHARI
DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN GERHANA MATAHARI
Gerhana matahari ataupun gerhana bulan bukanlah sesuatu perkara yang sedap untuk dilihat dan sesuatu yang cantik kerana Nabi ﷺ bersabda "Apabila kamu melihat gerhana hendaklah kamu sembahyang gerhana dua rakaat, hendaklah kamu menangis dan hendaklah kamu takut kepada Allah سبحانه وتعالى."

Pada suatu hari Rasulullah ﷺ keluar daripada bilik Baginda. Kemudiannya Rasulullah ﷺ menunaikan sembahyang dan berkhutbah. Pada ketika itu berlakunya gerhana matahari yang mana ketika itu wafatnya anak Baginda iaitu Saidina Ibrahim.
Di dalam khutbah itu Rasulullah ﷺ mengatakan berlakunya gerhana bulan ataupun gerhana matahari adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah سبحانه وتعالى bukannya disebabkan oleh seksaan, bala dan kematian yang berlaku.

Gerhana ketika pada zaman Nabi-Nabi terdahulu amatlah sedikit berlaku maka apabila pada zaman Rasulullah berlakunya gerhana Baginda menyegerakan mengerjakan sembahyang untuk menolak fahaman yang mengatakan gerhana berlaku disebabkan adanya seksaan, bala dan kematian yang berlaku.

Nabi ﷺ bersabda "Berlakunya diakhir zaman nanti dekatnya dengan hari kiamat nanti berlakunya banyak gerhana matahari dan bulan." Demikian itulah dalam 10 tahun belakangan ini kita dapati banyaknya berlaku gerhana matahari dan bulan. Ini dalil yang menunjukkan bahawasanya hari kiamat itu semakin dekat dengan kita.

Maka apabila kita melihat gerhana tetapi kita tidak mengambil berat seperti yang disuruh Baginda Nabi ﷺ maka mereka ini akan lupa pada hari kiamat. Lupanya mereka tentang gerhana ini mengakibatkan lupanya mereka pada hari kiamat untuk berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى.
Maka berpesan Guru kita Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi Hafidzohullah kepada kita semua bagi mereka yang melakukan maksiat, derhaka kepada ibu bapa hendaklah mereka kembali bertaubat kepada Allah. Mereka yang menipu dalam urusan jual beli hendaklah mengembalikan haknya kepada pembeli supaya dia takut akan azab seksaan yang diberikan Allah ke atas mereka kelak.

Mereka yang tidak menunaikan solat, tidak sempurna solatnya hendaklah mereka kembali bertaubat kepada Allah dan bagi mereka yang mempunyai hasad dengki hendaklah mereka membersihkan hati daripada penyakit hati ini kerana tidak akan masuk ke dalam Syurga seseorang yang mempunyai hasad dengki di dalam dirinya.

Dan apa -apa perkara yang menjauhkan diri kamu daripada Allah hendaklah kamu tinggalkan dan kembali bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى.
SILA SHARE DAN SEBARKAN
Facebook Pondok Habib

Rabu, 31 Januari 2018

Kisah Tentang Ujub

11:45:00 PTG 0
Kisah Tentang Ujub
Kisah Tentang Ujub


Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Orang yang pandai masak, kagum dengan masakannya.
Orang yang pandai menjahit, kagum dengan jahitannya.
Orang yang pandai menghias, kagum dengan hiasannya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan r ambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Nukilan Ust Kay