DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN GERHANA MATAHARI - Islam Is Great

Islam Information

Khamis, 1 Februari 2018

DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN GERHANA MATAHARI

DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN GERHANA MATAHARI
DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN GERHANA MATAHARI
Gerhana matahari ataupun gerhana bulan bukanlah sesuatu perkara yang sedap untuk dilihat dan sesuatu yang cantik kerana Nabi ﷺ bersabda "Apabila kamu melihat gerhana hendaklah kamu sembahyang gerhana dua rakaat, hendaklah kamu menangis dan hendaklah kamu takut kepada Allah سبحانه وتعالى."

Pada suatu hari Rasulullah ﷺ keluar daripada bilik Baginda. Kemudiannya Rasulullah ﷺ menunaikan sembahyang dan berkhutbah. Pada ketika itu berlakunya gerhana matahari yang mana ketika itu wafatnya anak Baginda iaitu Saidina Ibrahim.
Di dalam khutbah itu Rasulullah ﷺ mengatakan berlakunya gerhana bulan ataupun gerhana matahari adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah سبحانه وتعالى bukannya disebabkan oleh seksaan, bala dan kematian yang berlaku.

Gerhana ketika pada zaman Nabi-Nabi terdahulu amatlah sedikit berlaku maka apabila pada zaman Rasulullah berlakunya gerhana Baginda menyegerakan mengerjakan sembahyang untuk menolak fahaman yang mengatakan gerhana berlaku disebabkan adanya seksaan, bala dan kematian yang berlaku.

Nabi ﷺ bersabda "Berlakunya diakhir zaman nanti dekatnya dengan hari kiamat nanti berlakunya banyak gerhana matahari dan bulan." Demikian itulah dalam 10 tahun belakangan ini kita dapati banyaknya berlaku gerhana matahari dan bulan. Ini dalil yang menunjukkan bahawasanya hari kiamat itu semakin dekat dengan kita.

Maka apabila kita melihat gerhana tetapi kita tidak mengambil berat seperti yang disuruh Baginda Nabi ﷺ maka mereka ini akan lupa pada hari kiamat. Lupanya mereka tentang gerhana ini mengakibatkan lupanya mereka pada hari kiamat untuk berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى.
Maka berpesan Guru kita Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi Hafidzohullah kepada kita semua bagi mereka yang melakukan maksiat, derhaka kepada ibu bapa hendaklah mereka kembali bertaubat kepada Allah. Mereka yang menipu dalam urusan jual beli hendaklah mengembalikan haknya kepada pembeli supaya dia takut akan azab seksaan yang diberikan Allah ke atas mereka kelak.

Mereka yang tidak menunaikan solat, tidak sempurna solatnya hendaklah mereka kembali bertaubat kepada Allah dan bagi mereka yang mempunyai hasad dengki hendaklah mereka membersihkan hati daripada penyakit hati ini kerana tidak akan masuk ke dalam Syurga seseorang yang mempunyai hasad dengki di dalam dirinya.

Dan apa -apa perkara yang menjauhkan diri kamu daripada Allah hendaklah kamu tinggalkan dan kembali bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى.
SILA SHARE DAN SEBARKAN
Facebook Pondok Habib

Tiada ulasan: