Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 26 Mei 2017

Fadilat Malam Terawih

11:14:00 PTG 0
Fadilat Malam Terawih
Fadilat Malam Terawih
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin

Khamis, 25 Mei 2017

Manusia Yang Berkeluh Kesah

9:40:00 PG 0
Manusia Yang Berkeluh Kesah
Manusia Yang Berkeluh Kesah
Firman Allah SWT :
إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا
[Surat Al-Ma'arij 19]
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)"

Manusia sememangnya akan resah gelisah apabila dirinya disentuh akan perihal yang bersangkutan dengan kesusahan, seolah olah tidak ada lagi harapan atau jalan keluar daripada kesusahan tersebut sehingga beranggapan kesusahan itu akan mencengkaminya selama lamanya.

"Semua ini berpunca kerana dia tidak mahu berlindung pada tempat yang kukuh yang dapat mengotakan keazamannya dan dapat menggantungkan harapannya." (Sayyid Qutb)

Oleh kerana itu, manusia yang tidak mahu meletakkan Allah sebagai tempat pergantungannya, maka dia pasti akan sentiasa di selubungi keluh kesah.

Pada soal rezeki pula, manusia menyangka segala rezeki yang diperolehinya itu adalah penat jerihnya semata mata sehingga tidak melihat Allah yang Maha Memberi Rezeki.

Inilah pemikiran yang telah mencengkamnya sehingga dia berkeluh kesah takut menjadi miskin dan menjadilah dia seorang yang bakhil kedekut. Sedangkan pada hartanya itu ada hak yang wajib dipenuhi. Wallahu'alam

Tazkirah Ringkas

SETELAH KAMU BERSUSAH PAYAH MENTAATI ALLAH, MAKA RASAILAH PULA BALASAN NIKMAT DARIPADANYA.

Firman Allah SWT :
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ
[Surat Ad-Dhuhaa 5]
‎Terjemahan :
"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati"


Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com

Rabu, 24 Mei 2017

Wajibkah Niat Setiap Malam Ramadhan?

11:03:00 PTG 0
Wajibkah Niat Setiap Malam Ramadhan?
Wajibkah Niat Setiap Malam Ramadhan?
Majoriti ulama menyatakan wajib kerana puasa pada hari-hari itu merupakan ibadah yang berbeza-beza dan terpisah.

Manakala mazhab Malik dan satu riwayat Ahmad berpendapat cukup dengan satu niat untuk seluruh bulan Ramadhan.

Praktikalnya, setiap daripada kita pasti sudah berniat setiap malam. Ini dibuktikan dengan tindakan kita bangun sahur, kunci jam untuk bangun sahur dan sebagainya. Maka tidak timbul isu terlupa niat dan sebagainya.

Hal niat ini adalah satu perkara yang sering mengelirukan masyarakat. Kadang-kala ada yang tidak berpuasa di siang hari lantaran tidak melafazkan niat di waktu malam.

Ketahuilah bahawa niat itu di hati, dan bukannya di lidah. Bahkan nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah melafazkan niat di lidah.

Dr. Yusuf al-Qaradawi menerangkan dalam Fiqh as-Siyam:

والنية محلها القلب، لأنها عقد القلب على الفعل. والتلفظ باللسان ليس مطلوبًا، ولم يأت في نصوص الشرع ما يدل علي طلب التلفظ بها، لا في الصوم، ولا في الصلاة، ولا في الزكاة، إلا ما جاء في شأن الحج والعمرة. والإنسان في شؤونه الدنيوية لا يتلفظ بما ينويه، فيقول: نويت السفر إلى بلد كذا، أو نويت أن آكل كذا وكذا.... إلخ فكذلك أمور الدين. ولهذا لا تُعد النية مشكلة بالنسبة للمسلم الملتزم بالصيام فهو بطبيعته ناوٍ له، مصمم عليه، ولو كلفته ألا ينويه ما استطاع. ومن دلائل نيته قيامه للسحور، وتهيئته له وإن لم يقم، وإعداده ما يلزم لفطور الغد، وترتيبه أعماله ومواعيده على وفق ظروف الصيام. فلا داعي للإكثار من الكلام عن النية فهي حاضرة وقائمة لدى كل مسلم معتاد على الصوم.
Niat itu tempatnya di hati. Ini kerana hati telah bertekad untuk melakukannya. Melafazkan ia denga lidah tidaklah dituntut. Tidak ada nas syara’ yang menunjukkan perlunya melafazkan niat, tidak ada dalam bab puasa, tidak ada dalam bab solat, tidak ada dalam bab zakat kecuali apa yang ada dalam hal umrah dan haji.

Manusia dalam urusan dunianya tidak pernah pula melafazkan niat contohnya dengan berkata: Aku berniat untuk bermusafir ke negara ini, atau aku berniat untuk makan ini. Maka begitu jugalah urusan agama.

Maka tidak perlu untuk mengulangi niat bagi seorang Muslim yang sudah biasa berpuasa kerana sudah secara tabiinya dia pasti sudah berniat untuknya.

Di antara petunjuk yang menunjukkan seseorang sudah berniat ialah bangunnya dia untuk sahur, bersedianya dia (contoh mengunci jam) jika dia tidak terbangun, bersedianya dia untuk persiapan berbuka pada keesokan hari.

Tertib amal dan jadual hariannya menunjukkan dia sedang berpuasa. Tidak perlu untuk berbicara terlalu banyak tentang hal niat kerana ia hadir dan wujud dalam setiap Muslim yang sudah biasa berpuasa.

#tazkirahalkahfi

CARA SAMBUT RAMADAN

11:02:00 PTG 0
CARA SAMBUT RAMADAN
CARA SAMBUT RAMADAN
Dari ustazah Norhafizah di IKIM.

● *Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini*

● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah *"Ramadhan Kareem*" dan org yg mendengar menjawab  *"Allahu Akram"*
Maksudnya *"Ramadhan Mulia"* dan jawapannya *" Allah lebih Mulia"*

● Sambutlah Ramadhan ini dgn *wajah yg berseri-seri* tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.

● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn *AMALAN* dan *TAQWA*

*Ramadhan Kareem utk sahabat semua*

*Maaf Zahir Batin*

12 JENIS BENCANA LIDAH MENURUT IMAM AL-GHAZALI

11:01:00 PTG 0
12 JENIS BENCANA LIDAH MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Perkataan yang tidak bermanfaat boleh membuatkan hati menjadi kasar.
                                 
2. Mereka yang banyak bercakap, cenderung dia banyak berbohong.

3. Bersembang kosong. Padahal ciri-ciri org yang beriman adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri daripada perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

4. Akan menyebabkan pertengkaran dan dendam.

5. Banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

6. Mereka akan berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

7. Ucapan yang mengandungi makian dan cacian.

8. Ucapan yang mengutuk sesorang atau satu golongan.

9. Ungkapan syair atau nyanyian boleh membangkitkan nafsu kebinatangan sesorang.

10. Senda gurau dan memperolok-olokkan orang lain. Rasululullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria".

11. Membuka rahsia orang lain.

12. Bersumpah palsu.

Semua itu merosakkan nilai-nilai amanah.

Rasulullah SAW bersabda:

" Waspadalah terhadap pembohong dan orang orang yg zalim sama sama dalam neraka".

Seorang sahabat pernah  bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Apakah penyebab terbesar orang masuk neraka?"

Baginda menjawab:

"Kerana lidah dan kemaluannya".

(HR At-Tarmizi)

Semoga Allah mengurniakan taufik kepada kita semua untuk menjaga lidah dari menuturkan sesuatu yang boleh mengundang murkaNya. Amiin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain


H I N A A N

10:59:00 PTG 0
H I N A A N

Seburuk apapun penilaian orang terhadapmu jangan pernah hiraukan
Kerna sesungguhnya hidup bukan untuk mendapatkan pujiannya
Namun mengharapkan RedhaNya

Jika ada yang menilaimu buruk maka tersenyumlah dan lupakan perkataannya
Jika ada yang memandangmu hina
Maka biarkanlah kerna sesungguhnya kamu indah hanya di mata Sang Pencipta

Hidup kita bukan tentang mereka
Atau bagaimana mendapatkan berjuta pujian darinya
Tapi Hidup kita tentang Bagaimana Allah Redha atas apa yang kita lakukan

Biarkan
Biarkan saja orang berkata buruk
Kerna mereka hanya melihat tanpa mengetahui tentangmu

Biarkan
Biarkan saja orang memandang rendah
Kerna pandangan mereka tidak bermakna engkau rendah disisi Allah

Ingatlah bahwa semakin besar pohon itu maka akan semakin kuat angin yang akan mencuba menerpanya

Belajarlah dari sebuah pohon sekuat apapun angin menerpa dia tak pernah membencinya
Seperti itulah kita, seburuk apapun penilaian orang terhadap kita maka semakin sayanglah kita padanya.

Teruslah berjalan kepada Allah dengan penuh harapan, walau dengan segala kekurangan dan kelemahan. Sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Carilah persahabatan yang boleh mengubah diri dari keburukan kepada kebaikan.

Oleh Hamba Allah yang hina

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


Rabu, 17 Mei 2017

REDHALAH ATAS SEGALANYA

3:09:00 PG 0
REDHALAH ATAS SEGALANYA
REDHALAH ATAS SEGALANYA
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Manisnya rasa iman hanya bisa dicicipi oleh orang yang rddha menerima Allah sebagai Rabb," (HR Muslim)

Allah SWT berfirman, "Allah meredhai mereka dan mereka pun meredhai Allah."(QS Al-Maidah (5): 119)

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menjelaskan bahawa Allah SWT memang sengaja menyembunyikan apa-apa yang maslahat dari para hamba-Nya ketika Dia membebani mereka untuk menjalankan perintah dan menjauh larangan-Nya sebagai wujud penghambaan kepada-Nya.

Dia hanya memerintahkan untuk menerima takdir, redha menghadapi qadha secara total, baik pada hal yang positif atau negatif baginya. Allah sengaja menyimpan sendiri pengetahuan tentang maslahat dan nasib akhir seseorang agar sang hamba senantiasa taat kepada-Nya dan redha menerima apa yang Dia bagikan kepadanya tanpa  mengeluh ataupun menyalahkan-Nya.

Ketahuilah bahawa kelalaian setiap orang terpulang pada kadar penolakannya terhadap takdir, pilihannya untuk menuruti hawa nafsunya, dan keengganan untuk bersikap redha menerima qadha.

Orang yang redha menerima ketetapan Allah akan hidup dengan tenang, sedangkan orang yang tidak redha akan hidup berlarut-larut dalam kemalangan dan kelelahan, padahal ia tidak memperolehi material duniawi kecuali apa yang memang telah ditentukan sebagai rezekinya.

Selama seseorang menuruti hawa nafsunya dan dikendalikan olehnya, ia tak akan mampu bersikap redha terhada qadha, sebab tabiat hawa nafsu memang menentang Al-Haqq, sehingga kelalaiannya pun kian bertambah. Kerana itu, jika ingin hidup tenang, lawanlah hawa nafsu!

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Al-Ghunyah Lithalibi Thariq Al-Haqq

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Jumaat, 12 Mei 2017

Pengajaran dari Cristiano Ronaldo

2:04:00 PTG 0
Pengajaran dari Cristiano Ronaldo
Pengajaran dari Cristiano Ronaldo
Pengajaran dari Cristiano Ronaldo!  Ketika menerima satu anugerah baru-baru ini, beliau telah dedikasikan anugerah yang terima kepada.....Alberto Fantrau.

Kata beliau "Benar saya adalah pemain bola terunggul dan semua kejayaan adalah atas jasa besar sahabat saya Alberto". 
Orang ramai saling berpaling sama sendiri dan bertanya "Siapakah Tuan Fantrau ini ?".
.
Seterusnya Ronaldo menyambung.  "Kami bermain bersama di dalam pasukan remaja.  Waktu pencari bakat dari Sporting Lisbon datang memerhati kami, mereka maklumkan sesiapa yang menjaringkan gol terbanyak bakal terpilih untuk diserap ke Akademi Sukan kami. 
.
Hari itu kami menang 3-0.  Gol pertama dijaringkan oleh saya, Albert pula menanduk dan menjaringkan gol kedua.  Gol ketiga adalah yang membuat ramai terpesona hari itu. 
.
Alberto bermula dari sayap tepi, langsung berhadapan dengan penjaga gol pihak lawan dan mengelecek pula penjaga gol tersebut dan hanya pintu gol kosong, terbentang luas untuk dikuis masuk ke gawang sahaja. 
.
Saat itu saya pula sedang berlari di sisi beliau.  Dari upaya untuk menjaringkan gol ke gawang yang kosong sendiri, Alberto membuat keputusan untuk menghantar bola kepada saya dan akhirnya sayalah yang menjaringkan gol ketiga. 

Demikianlah bagaimana saya mendapat tempat di Akademi Sukan Sporting Lisbon.  Selepas tamat perlawanan saya bertemu beliau dan bertanya " kenapa lakukan sedemikian tadi? Jawab beliau "Kerana kamu adalah pemain yang lebih baik dari saya".
.
Libat rasa dan perasaan ingin tahu lebih lanjut dari para wartawan, mereka mula menyiasat hingga akhirnya berjaya menjejaki dan bertemu Alberto Fantrau.  Langsung mereka bertanya kisah yang diceritakan Ronaldo adalah  benar sebenarnya. 
.
Beliau menegaskan yang ia benar dan selepas perlawanan itu karier beliau terus terkubur dan dari saat itu beliau hidup menganggur hingga ke hari ini. 
.
Namun begitu para wartawan melihat beliau dengan rumah yang mewah dan sebuah kereta Mercedes Mewah diparkir di garaj beliau dan bertanya lagi pada Alberto.  "Tanpa kerja tetap bagaimana tuan mampu memilikki harta-harta ini?  Tuan tampak selesa dengan keadaan sekarang" .
Alberto menjawab: Semua ini?..adalah dari Ronaldo. 
.
Iktibar kisah ini:
Muhasabah sesama kita dan bertanya soalan ini.  Berapa ramai antara kita sanggup untuk laksanakan seperti apa tindakan yang Ronaldo dan Alberto buat ? Sebaliknya ramai kita menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghargai bantuan setelah dihulur orang lain. 
.
Sahabat semua, ayuh kita sama berubah, ayuh kita sama membantu dan zahirkan rasa bangga atas kejayaan  mereka yang disekeliling kita.  Sama ada adik beradik, rakan taulan dan keluarga sendiri. 

Apabila kita capai anugerah kejayaan, bersyukur atas kejayaan dan jangan jadi kacang lupakan kulit.  Setiap mereka yang terlibat dalam kejayaan kita, jangan lupakan budi mereka.  Lebih lagi jangan dilupakan Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Menghakimi kita. 
.
Jadilah sebahagian dari kejayaan orang lain. 
.
Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat kerana menjadi sahabat yang setia, penasihat dan pembimbing jalan. 

Alhamdulillah.

(terjemah dari WA, mystorycafe)
2.18am 9 Mei 2017)