Manusia Yang Berkeluh Kesah - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 25 Mei 2017

Manusia Yang Berkeluh Kesah

Manusia Yang Berkeluh Kesah
Firman Allah SWT :
إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا
[Surat Al-Ma'arij 19]
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)"

Manusia sememangnya akan resah gelisah apabila dirinya disentuh akan perihal yang bersangkutan dengan kesusahan, seolah olah tidak ada lagi harapan atau jalan keluar daripada kesusahan tersebut sehingga beranggapan kesusahan itu akan mencengkaminya selama lamanya.

"Semua ini berpunca kerana dia tidak mahu berlindung pada tempat yang kukuh yang dapat mengotakan keazamannya dan dapat menggantungkan harapannya." (Sayyid Qutb)

Oleh kerana itu, manusia yang tidak mahu meletakkan Allah sebagai tempat pergantungannya, maka dia pasti akan sentiasa di selubungi keluh kesah.

Pada soal rezeki pula, manusia menyangka segala rezeki yang diperolehinya itu adalah penat jerihnya semata mata sehingga tidak melihat Allah yang Maha Memberi Rezeki.

Inilah pemikiran yang telah mencengkamnya sehingga dia berkeluh kesah takut menjadi miskin dan menjadilah dia seorang yang bakhil kedekut. Sedangkan pada hartanya itu ada hak yang wajib dipenuhi. Wallahu'alam

Tazkirah Ringkas

SETELAH KAMU BERSUSAH PAYAH MENTAATI ALLAH, MAKA RASAILAH PULA BALASAN NIKMAT DARIPADANYA.

Firman Allah SWT :
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ
[Surat Ad-Dhuhaa 5]
‎Terjemahan :
"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati"


Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com

Tiada ulasan: