Pengajaran dari Cristiano Ronaldo! Ketika menerima satu anugerah baru-baru ini, beliau telah dedikasikan anugerah yang terima kepada.....Alberto Fantrau.
Kata beliau "Benar saya adalah pemain bola terunggul dan semua kejayaan adalah atas jasa besar sahabat saya Alberto".
Orang ramai saling berpaling sama sendiri dan bertanya "Siapakah Tuan Fantrau ini ?".
.
Seterusnya Ronaldo menyambung. "Kami bermain bersama di dalam pasukan remaja. Waktu pencari bakat dari Sporting Lisbon datang memerhati kami, mereka maklumkan sesiapa yang menjaringkan gol terbanyak bakal terpilih untuk diserap ke Akademi Sukan kami.
.
Hari itu kami menang 3-0. Gol pertama dijaringkan oleh saya, Albert pula menanduk dan menjaringkan gol kedua. Gol ketiga adalah yang membuat ramai terpesona hari itu.
.
Alberto bermula dari sayap tepi, langsung berhadapan dengan penjaga gol pihak lawan dan mengelecek pula penjaga gol tersebut dan hanya pintu gol kosong, terbentang luas untuk dikuis masuk ke gawang sahaja.
.
Saat itu saya pula sedang berlari di sisi beliau. Dari upaya untuk menjaringkan gol ke gawang yang kosong sendiri, Alberto membuat keputusan untuk menghantar bola kepada saya dan akhirnya sayalah yang menjaringkan gol ketiga.
Demikianlah bagaimana saya mendapat tempat di Akademi Sukan Sporting Lisbon. Selepas tamat perlawanan saya bertemu beliau dan bertanya " kenapa lakukan sedemikian tadi? Jawab beliau "Kerana kamu adalah pemain yang lebih baik dari saya".
.
Libat rasa dan perasaan ingin tahu lebih lanjut dari para wartawan, mereka mula menyiasat hingga akhirnya berjaya menjejaki dan bertemu Alberto Fantrau. Langsung mereka bertanya kisah yang diceritakan Ronaldo adalah benar sebenarnya.
.
Beliau menegaskan yang ia benar dan selepas perlawanan itu karier beliau terus terkubur dan dari saat itu beliau hidup menganggur hingga ke hari ini.
.
Namun begitu para wartawan melihat beliau dengan rumah yang mewah dan sebuah kereta Mercedes Mewah diparkir di garaj beliau dan bertanya lagi pada Alberto. "Tanpa kerja tetap bagaimana tuan mampu memilikki harta-harta ini? Tuan tampak selesa dengan keadaan sekarang" .
Alberto menjawab: Semua ini?..adalah dari Ronaldo.
.
Iktibar kisah ini:
Muhasabah sesama kita dan bertanya soalan ini. Berapa ramai antara kita sanggup untuk laksanakan seperti apa tindakan yang Ronaldo dan Alberto buat ? Sebaliknya ramai kita menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghargai bantuan setelah dihulur orang lain.
.
Sahabat semua, ayuh kita sama berubah, ayuh kita sama membantu dan zahirkan rasa bangga atas kejayaan mereka yang disekeliling kita. Sama ada adik beradik, rakan taulan dan keluarga sendiri.
Apabila kita capai anugerah kejayaan, bersyukur atas kejayaan dan jangan jadi kacang lupakan kulit. Setiap mereka yang terlibat dalam kejayaan kita, jangan lupakan budi mereka. Lebih lagi jangan dilupakan Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Menghakimi kita.
.
Jadilah sebahagian dari kejayaan orang lain.
.
Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat kerana menjadi sahabat yang setia, penasihat dan pembimbing jalan.
Alhamdulillah.
(terjemah dari WA, mystorycafe)
2.18am 9 Mei 2017)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan