Entah kenapa hari ini aku termenung memikirkan bagaimana kalau secara tiba-tiba aku kehilangan ibuku.
Pemikiran keanak-anakan berdasarkan umurku yang kini 43 tahun yang masih mencintai ibuku sepenuhnya. Ibuku kini berumur 73 tahun, wanita yang masih tegap cuma ada masalah lutut yang tidak kuat. Biasalah untuk warga emas yang berumur.
Hubungan aku dan ibuku memang rapat. Kerana kakak aku yang no dua berada berada di Taiping manakala kakak yang sulung ibu tunggal. Dan aku pula anak lelaki tunggal. Sememangnya menjadi tanggungjawab aku menjaga ibuku.
Semenjak aku bujang hingga kahwin memang aku duduk di Melaka dan setiap minggu, wajib balik ke rumah mak aku. Kalau dahulu aku kerja dari Isnin hingga Jumaat. Aku akan pastikan hari Sabtu, aku mesti tidur rumah mak aku. Manakala wife aku, balik rumah mak dia. Jarak rumah mak aku dan wife aku tak jauh. So tiada masalah.
Apabila dah dapat kerja baru ni, agak sukar nak tidur sebab aku kerja 4 hari kerja, 2 hari cuti. So cuti aku tak semestinya hari Sabtu/Ahad. Aku banyak lepak ajer, datang pagi, petang balik.
Itulah rutin kehidupan aku semenjak aku kahwin pada umur 28 tahun hingga kini. Wajib balik setiap minggu, kalau tak balik mesti kena tiau..hehehe. Mahu tak mahu kena balik juga.
Jika dibaca, anda mungkin bangga melihat aku menjaga mak aku. Perjalanan kehidupan aku dalam menjaga orang tua bukanlah seenak yang kita sangkakan.
Sebenarnya pengorbanan mak aku lebih banyak dari yang aku berikan. Dialah tempat aku mengadu masalah. Dialah penyedia makanan tersedap. Dialah yang selalu buat stress. Dialah yang selalu menangis disebabkan aku.
Sampai bila-bila pun aku tak mampu membalas jasa beliau. Aku ingat beberapa tahun yang lalu, aku kehilangan kerja. Pada umur 40 tahun kau kehiIangan kerjaku. Isteriku dan ibuku adalah penguat aku untuk teruskan perjuangan ni.
Bayaran bulanan yang aku berikan pada ibuku terpaksa aku hentikan. Dan ibuku mengerti malah cuba membantu aku. Hingga bertanya pada rakan-rakannya ada tak kerja kosong untukku.
Sepanjang aku tidak bekerja. Aku membuat kerja sambilan menghantar kuih. Ibuku dan ibu mentuaku banyak membantuku. Aku bertuah sekali lagi kerana ada 2 ibu yang membantuku.
Dan aku amat percaya atas berkat doa kesemua wanita dalam hidupku, aku mendapat kerja baru dengan gaji yang lebih baik. Itu pengalaman kecil aku jika hendak aku kongsikan betapa hebatnya ibuku.
Belum lagi aku pinjam duit ibuku dari kecil sekarang...hahaha. Cuma apabila dapat kerja baru ni, aku agak mewah. Dah tak amik duit mak aku...hehehehehe.
Satu perkara yang aku amat kecewa dan aku tahu ibuku juga kecewa ialah ketika beliau hendak menunaikan umrah.
Pada ketika itu aku sibuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Aku hampir tidak masuk campur urusan mak aku hendak pergi umrah. Malahan nak sewa duit van pun mak aku kasi duit.
Pada ketika itu, perniagaan kecil-kecilan aku ni tak begitu baik. Biasalah berniaga kongsi dengan kawan. Nak jaga hati kawan, hantar kuih sampai KL hingga lupa mak nak pergi umrah.
Petang mak aku buat kenduri, baru aku balik. Aku hanya hantar mak aku ke lapangan terbang. Mak aku sering berkias bahasa tentang hal ini. Aku diam sahaja. Sebab aku tahu itulah peristiwa terburuk pernah aku buat pada ibuku.
Banyak lagi peel yang aku buat ler. Nak cerita kat sini pun kang jadi novel pula.
Tapi semenjak dapat kerja baru ni. Aku dah ada kemampuan memberi mak aku belanja wang lebih sikit. Dan aku pun banyak mengelak membuat hati dia luka. Apa yang dia nak kita kasi. Lambat atau cepat itu sahaja...
Manusia terhebat dalam hidupku adalah ibuku. Banyak bersabar dengan perangai aku yang banyak memberi kesedihan dari kegembiraan.
Itulah aku.
Itulah aku.
Bila umur dah meningkat dan diuji ujian yang kecil dari Allah barulah kita sedar betapa pentingnya ibu kita. Walau pun dia dah tua, dia tetap melayan kau macam anak kecil. Sediakan makan minum kau bila kau balik. Sampai kau tak larat nak makan...ahaks.
Tapi kau pula, nak ajak borak pun malas dengan mak kau. Yalah...asik borak benda yang sama jer.....hahahaha. betul tak?
Aku pun tak tahu kenapa hari ini merasa risau memikirkan kalau ibuku tiada macam mana dengan aku.
Rutin mingguan aku balik ke rumah aku tiba-tiba hilang. Lalu kalau aku boring lepak kat rumah aku atau rumah mak mentua aku. Mana aku pergi?.
Kalau aku rindukan masakan rendang ayam mak aku. Siapa nak buat?
Siapa nak layan aku setiap jam kasi aku makan sambil aku menonton tv.
Siapa nak layan aku setiap jam kasi aku makan sambil aku menonton tv.
Siapa yang nasihatkan selalu sembahyang kalau mak aku tiada?
Siapa aku nak kacau dan usik jika bahan usikan aku iaitu mak aku yang sporting tiada?
Aku tak dapat bayangkan impak yang akan berlaku pada aku jika mak aku tiada. Aku belum cukup berjasa padanya. Jauh sekali.
Namun aku tahu, setiap yang hidup akan pergi. Itu ketentuannya. Aku faham.
Cuma artikel ini aku tulis ingin meluahkan kasih sayang aku pada ibuku. Dan aku bukanlah orang yang suka berkongsi sayang-sayang ni. Hanya melalui artikel inilah aku dapat meluahkan cintaku pada ibuku.
Mak, selagi Hanif hidup. Mak rileks jer. Jaga kesihatan mak dan buat ibadat yek. Jangan pikir hal-hal lagi. Join ler dengan geng Maulud mak dan belajar mengaji serta dengar ceramah agama dengan geng mak.
Kalau UMNO ada buat jalan-jalan pergi Kelantan atau mana-mana, mak ikut jer. Nanti Hanif hulur sikit..hehehehe.
I Love U Mum....Hanifah Harun.
Nampak tak, nama aku pun guna singkatan nama mak aku. Anak mak ni. Sebab itu selalu menyakitkan hati mak jerrrr...
Nampak tak, nama aku pun guna singkatan nama mak aku. Anak mak ni. Sebab itu selalu menyakitkan hati mak jerrrr...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan