Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak Ramadhan 2022 Negeri Melaka - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 31 Mac 2022

Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak Ramadhan 2022 Negeri Melaka

 Berikut adalah lampiran Takwim atau Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan pada tahun 2022 (Masihi) bersamaan 1443 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di negeri Melaka

Sebagai makluman, lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan tahun 1443H / 2022M yang disertakan ini adalah rasmi, terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka

Puasa adalah ibadat yang memupuk kesuburan rohani dan jasmani, juga sebagai latihan bagi diri dan jiwa untuk melentur nafsu agar tidak melampui batas. Ramadhan adalah bulan anugerah Ilahi bagi orang yang ingin mendapatkan anugerah ini. Rugilah bagi mereka yang tidak menyanjung kesempatan untuk mendapatkan kurniaan ini

Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan tahun 1443H / 2022M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di negeri Melaka membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat

Tarikh 1 Ramadhan dan tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk pada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Hari Nuzul Al-Quran jatuh pada 19 April bersamaan 17 Ramadhan. Berikut adalah jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi tahun 1443H / 2022M Negeri Melaka sebagai rujukan

Seluruh Negeri Melaka

Niat Puasa Bulan Ramadhan Sebulan dan Harian

Tiada ulasan: