REVIEW BUKU DI SEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 31 Mac 2022

REVIEW BUKU DI SEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH

 


REVIEW BUKU DI SEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH OLEH USTAZ ELYAS. 

Kenapa anda patut beli buku ini? Apakah hadiah yang terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak anda? Adakah didikan agama untuk anak-anak sudah mencukupi? Kita mungkin biasa khatam membaca 30 juzuk al-Quran, tapi adakah kita faham apa yang dimaksudkan pada setiap surah yang dibaca? Buku ini membawa pembaca untuk setidak-tidaknya faham apa makna bagi setiap nama surah. Contohnya surah al-Kahfi bercerita berkenaan gua. Jadi kandungannya berkisar tentang gua sahaja. Apa yang terkandung dalam buku ini? Setiap nama 114 surah itu, kami datangkan kenapa ianya dinamakan surah sedemikian, apa makna surah itu dan juga beberapa fakta tambahan menarik sekitar surah tersebut: i. Tahukah Anda? ii. Segenggam Ibrah iii. Bongkar Sejarah iv. Fakta Menarik v. Fakta Saintifik vi. Kalam Hikmah Saya ambil contoh: 🔑Tahukah anda apa makna surah At-Taghabun? 🔑Allah SWT ada umpamakan manusia dengan binatang ternakan. Tahukah anda Allah juga ada umpamakan manusia dengan babi, dengan anjing, dengan labah-labah dan beberapa yang lain? 🔑Hebatnya seekor burung hud-hud yang berusaha sebarkan agama ini tanpa arahan dari seorang Nabi, tapi sifat proaktifnya untuk sampai jauh ke negeri Saba'. Banyak lagi yang kami nak kongsikan. Semoga bermanfaat dan memberi sedikit gambaran kepada anda yang membacanya. Dengan infografik yang menarik, bergambar, berwarna dan tulisan besar, ianya cukup untuk menjadikan pembaca seronok dan ketagih untuk terus membaca. Membaca perlu dijadikan budaya. Dapatkan segera !!!

REVIEW BUKU DI SEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH





Tiada ulasan: