Puasa adalah bermaksud menahan diri dari segala nafsu yang paling utama menahan diri dan berpuasa dari makan dan minum dan perkara-perkara yang akan membuatkan puasa kita terbatal bermula terbitnya fajar sehingga matahari terbenam.
Sepanjang bulan Ramadhan anda hendaklah memasang niat samada mahu terus buat niat puasa sebulan ataupun melafazkannya pada hari-hari Ramadhan.
“Pada bulan Ramadhan, umat Islam yang telah cukup syaratnya hendaklah dan diwajibkan untuk berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu dan sebelum kamu
Pada bulan Ramadhan, seluruh umat Islam akan berpuasa jika syarat wajib puasa telah dicapai. Kebiasaannya, pada bulan Ramadhan ini semua gerai makan akan ditutup pada siang hari kecuali bazar malam yang akan dibuka bermula 4 petang dan ke atas bagi menyediakan juadah berbuka puasa.
Cara Niat Puasa Sebulan dan Harian di Bulan Ramadhan
Di bawah ini kami akan berkongsi cara untuk melafazkan niat puasa sebulan dan niat berpuasa harian serta bacaan doa untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan
Perkara | Butiran dan Pautannya |
---|---|
Niat Berpuasa Harian Bulan Ramadhan | Lafaz : نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى |
Rumi : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i; Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala | |
Maksud doa : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala | |
Niat Puasa Sebulan Bulan Ramadhan dalam jawi dan rumi | Jawi : نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى |
Rumi : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala | |
Maksud doa : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala | |
Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan | Lafaz : اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين |
Rumi : Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin | |
Maksud doa : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani |