KUNCI KEBAHAGIAAN - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 25 Julai 2021

KUNCI KEBAHAGIAAN

KUNCI KEBAHAGIAAN

1 - Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2 - Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati. 

3 - Lidah sentiasakan berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali.

4 - Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan untuk orang seterusnya.

5 - Setiap kali waktu solat, paksakan diri untuk solat di awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

6 - Sentiasa ucap rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji 

7 - Tekadkan dalam diri nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi. 

8 - Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu. 

9 - Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. 

10 - Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

11 - Akhir sekali, berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, sayangi diri sendiri. 

Ilmu untuk dikongsi bukan untuk disimpan ..
Nota penting:
Jangan kedekut ilmu kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Alhamdulillah ♥️

Tiada ulasan: