JANGAN NILAIKAN MEREKA YANG KURANG AGAMA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 28 Ogos 2021

JANGAN NILAIKAN MEREKA YANG KURANG AGAMA


Ketika awal mula sy datang ke KL dulu.
Sy tinggal dikawasan perumahan flat, tempat tu dikelilingi setinggan & PPR.
Memang kawasan padat. Rata rata suami isteri bekerja.

Jujur selesa bergaul dengan mereka. Ramah, mudah bawa bicara & didekati.

Setiap malam lepas isyak jemaah akan beri masa 2jam 30minit (dakwah harian)
Kami pusing flat cari orang islam secara rawak.

Dekat flat kebanyakan anak anak muda suka berkumpul sama rakan sebaya.
Ajaib budak2 ni, bila kita datang mereka sorokkan plastik gam mereka tanda hormat.
Dari rancak borak terus semua diam dan tersenyum, ini tanda pada diri mereka ada adab.

Sungguh hati hati mereka ada keinginan pada agama, mereka nak solat tapi tak tahu baca alfatihah. Bila tanya kenapa tak tahu dia kata tak ada siapa ajar, mak ayah tak solat dia tahu pasal solat sebab ada member2 solat dimasjid.

Budak budak baya mereka ni tak pandai dakwah rakan sebaya sebab malu, mereka tak pandai nak mula dari mana sebab sebaya baik buruk sama-sama. Jadi antara mereka yang amal agama atas bimbingan mak ayah masing2, mana mana mak ayah yang tak ambil berat bab agama, maka anak anak mereka tak tahu apa2, bahkan syahadah pun x tahu.

Hati hati mereka lembut, bila kita tanya sayang mak ayah x. Mereka sungguh2 cakap sayang walaupun wajah malu2 tapi kita tahu mereka ada cinta pada keluarga mereka cuma tak pernah diluahkan pada mereka sebab mak ayah mereka hilang pagi balik lewat malam.

Anak2 ini hidup tanpa batas agama, mak ayah mereka hanya harap anak mereka sihat & umur panjang, dan tidak terlibat dengan mana mana jenayah atau musibah.

Anak2 ini mudah tersentuh bila kita puji mereka, sayang mereka (cium dahi mereka, gosok kepala atau belakang mereka) memang mereka berhajat dengan kasih sayang apatah lagi pandangan sangkaan baik keatas diri mereka bahawa mereka budak yang sangat baik dan ada cita cita nak hidup semati dengan mak ayah didunia dan akhirat.

Bila kita tanya nak masuk syurga sama mak ayah x? Adik2 boleh bawa mak ayah masuk syurga sebab adik2 ada niat keinginan nak jadi anak soleh. Berair mata mata mereka, cuba tahan sedih tapi tak mampu hanya mampu tunduk supaya tak dilihat oleh rakan rakan lain.

Bila kita ajak mereka makan, jemput mereka dirumah untuk hadir solat pada waktu2 solat mereka ceria seronok macam budak2 kecil happy kita bawa pergi pantai/bercuti.

Masa taskil mereka khuruj 3hari bermesyuarat mereka semua kongsi/pinjam duit sama sendiri untuk digunakan sebagai modal keluar. RM10 kongsi 8orang.

Hakikatnya masa mereka keluar jemaah yang tanggung&ikram mereka. Masa keluar mereka belajar sungguh2 tak bosan sampai ada yang antara mereka mimpi bertemu Rasulullah ‎ï·º‎‬ bangun tidur 3pagi menangis teresak.
Allah punya kuasa, benar mereka inilah pelapis pejuang agama kita.

Mereka seronok dengan jemaah sampai nak kita sentiasa bersama mereka ambil tahu khabar mereka, mereka dahagakan kasih sayang & perhatian. Sungguh mereka jauh lebih baik daripada sy.

Orang yang baru belajar agama ini tawaduk mereka tinggi (kerana sifat tahu diri bahawa tidak tahu apa apa adalah tinggi berbanding mereka yang dah banyak belajar agama)

Wallahua’lam
Aki Naszeri
(Sekadar Perkongsian)

Copy FB
Jemaah Tabligh Sedunia

Tiada ulasan: