Syukur @ Kufur Nikmat? - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 7 Julai 2021

Syukur @ Kufur Nikmat?



Syukur @ Kufur Nikmat?

Seseorang mungkin akan bersedih & menangis apabila gagal mendapatkan kasut idamannya akibat kemiskinan tetapi TERLUPA bersyukur bahawa dia masih memiliki sepasang kaki untuk disarungkan walaupun selipar jepun. 

Ada juga manusia yang merenungkan nasibnya yang hanya berlaukkan nasi, telur & ikan kering sahaja tetapi terlupa di luar sana ada manusia yang mampu membelikan lauk pauk yang sedap dan mahal tetapi makan & minumnya hanya sekadar menerusi tiub yang disalurkan menerusi hidungnya.

Nikmat setiap manusia berbeza-beza. Jikalau kita tidak mensyukuri sekecil-kecil nikmat dari Allah, tidak mustahil kita juga tidak akan bersyukur ke atas nikmat besar yang dikurniakan olehNya kelak. 

Bersyukurlah apabila dikurniakan nikmat dan bersabar apabila ditimpa musibah dan itulah tanda seorang mukmin sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam;

''Perkara orang Mukmin itu mengagumkan. Sesungguhnya, semua perihalnya baik dan itu tidak dimiliki seorang pun selain orang Mukmin. Bila tertimpa kesenangan, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya. Bila tertimpa musibah, ia bersabar dan sabar itu baik baginya.'' 
(HR Muslim, no 5318)

Dianggarkan mata orang dewasa berkelip antara 10-15 kali seminit maka dengan kita membaca sehingga selesai perkongsian ini juga nikmat dari Allah yang adakalanya kita terlupa. Berapakah kerapkah dalam seminit yang lepas kita ucapkan Alhamdulilah untuk setiap kelipan mata kita?

Alhamdulilah jangan sesekali luput dari minda, lisan dan perbuatan kita. Alhamdulilah.

Subscribe Telegram saya di : https://t.me/brofirdauswong

Tiada ulasan: