SATU DOA HINDARI LAPAN PENYAKIT - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 4 Jun 2020

SATU DOA HINDARI LAPAN PENYAKIT




Lapan Penyakit inilah perlu kita mohon agar dijauhkan daripada diri kita, kerana ia menjadikan kehidupan kita sentiasa dilanda masalah dan jalan yang kita lalui sentiasa gelap. Penyakit-penyakit tersebut ialah:
1.Kesusahan
2.Dukacita
3.Lemah
4.Malas
5.Bakhil
6.Pengecut
7.Pengaruh Hutang
8.Pengaruh Orang Lain Ke Atas Diri 

Ini adalah doa yang Nabi Muhammad Saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang. Moga-moga ianya jadi pedoman bagi kita kaum Muslimin. Jika terjadi salah satu daripada perkara yang lapan di atas, maka bacalah doa ini pagi dan petang. 

Jangan lupa berusaha, tidak cukup dengan hanya berdoa. Berusaha dan berdoa, ALLAH SWT akan membuka pintu Rahmat-Nya, memberikan nikmat yang berlipat ganda, sehingga sesuatu di kiri dan kanan kita akan menjadi inspirasi dan motivasi untuk maju ke depan. Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. 

Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, ALLAH akan menguruskan yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakal selepas kita berusaha. Semoga pengaruh daripada doa ini masuk ke dalam diri kita dan menjadikan kita orang Muslim yang merdeka dan sejati.. Aamiin 🤲

Tiada ulasan: