MENJEMPUT REZEKI - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 4 Jun 2020

MENJEMPUT REZEKI



Saya percaya, ramai yang pernah melihat situasi sekumpulan semut sedang mengerumuni gula yang tertumpah di atas lantai.

Kita sendiri tidak sedar bila masa datangnya semut-semut tersebut. Semut-semut itu datang dengan sendirinya tanpa dipanggil. 

Apakah kaitan semut dengan Mudahnya Menjemput Rezeki? 

Begini, semut itu ibarat rezeki. Gula atau manisan pula umpama keadaan diri manusia. Jika kita hendak semut datang kepada sesuatu tempat, kita perlu sediakan manisan atau gula. Maka mudahlah semut datang.

Dalam erti kata yang lain, apabila ada sesuatu perkara yang disukai oleh semut, cepat sekali sekumpulan semut datang berkumpul seoalah-oleh dijemput.

Begitu juga dengan rezeki yang dimiliki oleh ALLAH SWT. Rezeki itu mudah datang kepada kita sekiranya ia sukakan kita.

Tetapi bagaimana hendak mengetahui keadaan yang membuatkan kita disukai oleh rezeki atau tidak? Jawapannya mudah sahaja.

Rezeki itu milik ALLAH SWT yang Maha Kaya dan ia juga makhluk ALLAH. Ia suka kepada perkara yang ALLAH SWT suka.

Perbuatan yang disukai ALLAH SWT bukan setakat melakukan ibadah solat lima waktu, berzikir, membaca Al-Quran sahaja, tetapi ia merangkumi keseluruhan cara hidup kita.

Bila mana kita mampu melakukan apa yang disukai ALLAH SWT, maka mudahlah kita menjemput rezeki. InsyaaAllah.

Tiada ulasan: