عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Daripada Nukman bin Basyir RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam." (Musnad Ahmad No: 17907) Dar Ihya’ Turath Arabiy. Status: Isnad Tsiqah
Pengajaran:
1. Setiap Mukmin adalah bersaudara
2. Kita sesama mukmin adalah diumpamakan seperti satu tubuh badan, ada yang mungkin menjadi kaki, tangan, gigi, dan sebagainya.
3. Jika salah satu anggota kita sakit seperti gigi sakit, seluruh anggota turut menanggung kesusahan mungkin tidak boleh tidur malam atau mungkin boleh demam.
4. Sayangi saudara mukmin kita sepertimana kita sayang kepada diri kita. Jika mereka susah atau sakit, menjadi kewajipan kita membantu mereka. Dia adalah sebahagian daripada anggota kita.
5. Jangan biarkan saudara mukmin kita berada di dalam kesusahan sedangkan kita senang lenang.
6. Sempena bulan Syawal ini, pereratkanlah hubungan ukhuwah dengan saling berkasih sayang sesama muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan