عَنْ شُعَيْبِ بْنِ عَمْرٍو حَدَّثَنَا صُهَيْبُ الْخَيْرِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيُّمَا رَجُلٍ يَدِينُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لَا يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِيَ اللَّهَ سَارِقًا
Daripada Syu'aib bin Amru berkata, telah menceritakan kepada kami Shuhaib Al Khair, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Siapa sahaja berhutang dan ia merancang untuk tidak membayar kepada pemberi hutang, maka ia akan menjumpai Allah dengan status sebagai pencuri." (HR Ibnu Majah No: 2401) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Setiap hutang dengan manusia perlu dilunaskan.
2. Sesiapa yang berhutang dan enggan membayar hutang tersebut, statusnya sama seperti pencuri apabila bertemu Allah kelak.
3. Al-Munawi menyatakan, orang yang enggan membayar hutang akan dikumpulkan bersama golongan pencuri dan akan diberi balasan seperti mereka (Faidul Qodir 3/181)
4. Jangan sesekali ambil mudah berhubung dengan hutang atau buat-buat lupa dengan hutang.
Berusahalah menjadi orang yang paling baik apabila berhutang dengan bersegera menjelaskannya. Jangan sekali-kali menjadi umpama pencuri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan