عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab (yang mengadakan perjanjian pembebasan dengan tuannya) datang kepadanya dan berkata; aku tidak mampu membayar pembebasanku, maka tolonglah aku! Ali berkata; mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepadaku, yang seandainya engkau memiliki hutang sebesar gunung Shir nescaya Allah akan membayarkannya untukmu? Ali berkata; ucapkanlah; ALLAAHUMMAKFINII BIHALAALIKA 'AN HARAAMIK, WA AGHNINII BIFADHLIKA 'AMMAN SIWAAK (Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki Mu yang halal (dan jauhkan aku) dari yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurnia Mu dan jauhkan aku dari bergantung pada selain Mu. (HR Tirmizi No: 3486) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Berhutang untuk sesuatu keperluan adalah dibenarkan dalam Islam.
2. Menjadi kewajipan kepada orang yang berhutang untuk menjelaskan hutang dengan kadar segera atau yang dipersetujui oleh pemberi hutang.
3. Berusahalah menghindarkan diri daripada berhutang antaranya dengan banyak berdoa dengan doa ini:
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
4. Perlu diingatkan kepada orang yang berhutang, jangan sampai kita jadi muflis kerana hutang di dunia terpaksa dibayar dengan pahala ibadat kepada orang yang kita berhutang di akhirat nanti.
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pahala di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah No: 2414) Status: Hadis Sahih
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan