APAKAH SIMPANAN TETAP SEORANG MUSLIM? - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 1 November 2019

APAKAH SIMPANAN TETAP SEORANG MUSLIM?

APAKAH SIMPANAN TETAP SEORANG MUSLIM


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau al-Quran diwariskan, atau masjid yang ia bangun, atau rumah yang ia bangun untuk ibnu sabil, atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah meninggal" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

Amalan seorang Mukmin akan mengalir manfaat dan ganjaran pahalanya walaupun pelakunya telah meninggal dunia antaranya:

1.  Ilmu berguna yang diajar dan disebarkan kepada orang lain: melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang mahupun telegram dan whatsapp.

2.  Anak solleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya

3.  Al-Quran yang dihasilkan atau diwakafkan berbentuk mushaf atau yang diajar

4.  Masjid yang dibangunkan

5.  Rumah yang dibangunkan untuk musafir yang terputus bekalan

6.  Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain termasuk haiwan dan tumbuhan

7.  Sedekah yang kita lakukan ke atas harta semasa kita sihat dan masih hidup seperti untuk wakaf, derma, juga sedekah.

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan berusaha melakukan amal solleh antaranya ilmu berguna yang diajar dan disebarkan - agar ia menjadi simpanan tetap yang faedah keuntungannya akan berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Tiada ulasan: