Menyaksikan Penyembelihan Korban - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 31 Mei 2023

Menyaksikan Penyembelihan Korban

 Menyaksikan Penyembelihan Korban


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَا فَاطِمَةُ قُومِي إِلَى أُضْحِيَّتِكِ فَاشْهَدِيهَا فَإِنَّ لَكِ بِأَوَّلِ قَطْرَةٍ تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا أَنْ يُغْفَرَ لَكِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبِكِ "

Daripada Abi Said al-Khudri RA, telah bersabda Rasulullah SAW (kepada Fatimah): “Ya Fatimah, pergi dan saksikanlah korbanmu kerana keampunan diberikan kepadamu pada saat titisan darahnya yang pertama untuk setiap dosa yang telah engkau lakukan” (Sunan Kubra lil Baihaqi No: 18580) Dar Ma’rifah. Status: Sahih Isnad

Pengajaran:

1. Orang yang melaksanakan ibadat korban, sebaiknya menyembelih sendiri binatang korban mereka.

2. Bagi mereka yang tidak mampu untuk menyembelih, boleh mewakilkan kepada tukang sembelih namun sunnah baginya untuk hadir dan melihat penyembelihan dilaksanakan.

3. Digalakkan menyaksikan korban termasuk kaum wanita di samping dapat berdoa semasa sembelihan dilakukan semoga dosa diampunkan sebaik sahaja titisan darah menitis ke bumi.

4. Antara doa orang yang berkorban semasa melihat korban dilaksanakan :

اللهم تقبل منِّى

(Ya Allah terimalah ibadah korban daripadaku ini)

Oleh kerana SOP sembelihan korban dalam suasana PKPP pada tahun ini tidak mengizinkan dilakukan seperti biasa, eloklah kita perbanyakkan berdoa agar Allah menerima ibadah korban kita.

Tiada ulasan: