عن أبي هريرة عن النبي - صلى الله عليه وسلم - أنه قال : " إنما أنا رحمةٌ مُهداةٌ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Sesungguhnya aku hanyalah rahmah yang dianugerahkan (Riwayat al-Hakim. Status hadis Sahih dalam Sahih al-Jami’ no 2345)
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW diutus sebagai Rahmat untuk semua. Firman Allah:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً لِّلۡعَـٰلَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiyaa’ 21:107)
2. Ayat ini memberi isyarat bahawa Nabi Muhammad SAW diutus untuk membawa mesej rahmat meliputi semua makhluk, manusia, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lainnya.
3. Sayyid Quthub berkata: “Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada seluruh manusia agar baginda memimpin manusia ke jalan hidayah. Dan tiada yang menerima hidayah itu melainkan golongan manusia yang mempunyai kesediaan untuk menerimanya walaupun rahmat itu merangkumi orang yang beriman dan mereka yang tidak beriman.
Moga kita juga mencontohi sifat rahmah yang ada pada Rasulullah SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan