NIKMAT TUHAN YANG PALING BERHARGA - Islam Is Great

Islam Information

Selasa, 5 Mac 2019

NIKMAT TUHAN YANG PALING BERHARGA

NIKMAT TUHAN YANG PALING BERHARGA


Marilah kita berfikir tentang nikmat Tuhan.
Agar kita boleh bersyukur dan malu kepada-Nya.
Sedarlah kita, lebih banyak nikmat yang kita tidak minta diberi.
Yang kita minta tidak dikabuli sedikit sahaja.
Tapi kita tidak sedar apa yang berlaku kepada diri kita.
Bahkan nikmat yang diberi yang tidak diminta, lebih berharga daripada yang kita minta sama ada dikabuli atau tidak.
Wujudnya kita, satu nikmat yang besar tanpa kita minta.
Iman dan Islam yang ada pada kita lebih besar lagi tidak kita minta juga.
Kerana kita lahir daripada ibu bapa yang sudah sedia menerimanya.
Kita pun terus menyambungnya, cuma kita diperintah berusaha menyuburkannya.
Otak dan hati nurani bukankah juga kita tidak memintanya?
Mata, telinga, hidung dan mulut dan segala jawarih adakah kita memintanya?!
Tidak perlu saya menjawabnya.
Juga nafas turun naik Tuhan anugerahkan tanpa memintanya.
Yang kita usahakan dan yang kita minta dapat, murah sangat nilainya.
Di antaranya pangkat, wang ringgit, kesihatan, suami atau isteri dan anak-anak.
Juga rumah, pakaian, pinggan mangkuk dan perhiasan yang ada.
Selain ini tidak payahlah disebut lagi, sangat murahnya nilainya.
Mengapa kita tidak terfikir selama ini nikmat yang diberi yang tidak kita minta lebih besar nilainya bahkan lebih banyak.
Mana lebih besar nikmat wujudnya kita yang kita tidak minta dengan wang ringgit yang kita usaha dan minta?
Juga iman dan Islam yang kita tidak minta.
Mana lebih besar daripada pakaian dan perabot?
Nafas turun naik yang kita tidak minta.
Mana lebih utama daripada suami atau isteri kita?
Semua orang boleh menjawabnya.
Oleh itu jika ada yang kita minta tidak dikabulkan oleh Tuhan kita.
Tak usahlah susah hati kerana yang tidak dapat itu nilainya murah sahaja dibandingkan dengan yang tidak diminta.
Syukurilah Tuhan apa yang ada!
Nanti Allah Taala akan menambahkan lagi sekalipun tidak diminta





Tiada ulasan: