Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 4 Februari 2019

Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI.

Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI.
Assalamualaikum 

 Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI.

Mula² Ustaz kongsi tanda² lalai. 

 Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah;
 tidak fokus,
 sering terlupa bilangan rakaat,
 melewatkan solat,
 kurang solat jemaah.
4.  Banyak membuang masa;
 utk hiburan,
 sukan & dimeja makan serta nonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa.  
 Kalau berdoa,
 tidak ada penghayatan,
 pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia;
 mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9. Tangguh utk bertaubat.
10. Malu utk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut;
 jarak antara hati kita dgn ketenangan,
 ibarat jarak' kita dgn Al Quran.  

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.
Pilih ikut citarasa kita.
Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia.(nak baca) 

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1. Kurang semangat nak beribadah,
 tidak suka baca quran.
2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat;
 kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3. Hilang fokus dlm hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab² lalai:
1.  Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2.  Berkawan dgn org² yg lalai.
3.  Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Cara² utk atasi:

1. Cari sahabat yg baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam utk  solat tahajjut.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik pd org lain. 
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Share lah jika ia memberi manfaat...

Tiada ulasan: