Jujurnya siapapun akan bersetuju : situasi di tempat kerja memang mengundang stress. Kadang2, masa nak bertolak pagi-pagi pun dah start tension. Kena bangun awal, traffic jam, kejar punch card dll.
Sampai di tempat kerja pula, segunung tugas menunggu. Meeting, deadline, boss panggil, karenah kenkawan ofis lagi...Adoi... Anda tentu faham apa yg saya maksudkan.
Sering saya 'bertanya' Tuhan, bagaimana nak lakukan kerja dengan hati lapang?
Pagi tadi ketika membaca Surah Ibrahim ayat 7, saya bertemu antara jawapannya :
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azabku sangat pedih."
SYUKUR. Itu kuncinya.
Tapi mesti ramai orang cakap, 'saya ni tiap2 hari bersyukur tau.... tapi....'
Mengapa kita dah bersyukur TAPI stress masih terasa? Adakah benar kita sudah bersyukur atau, definisi syukur kita perlu ditambahbaik?
Saya ingin berkongsi kisah, bagaimana saya memahami maksud SYUKUR melalui pengalaman bekerja di New Zealand 9 tahun lepas.
Ketika menetap di sana, saya sering ke New Zealand post office yang terletak di Upper Riccarton, Christchurch untuk urusan pos barang. Kadangkala saya sampai agak lewat. Jam 4.45 petang baru nampak muka sedangkan lagi 15 minit lagi pejabat pos akan tutup.
Selalunya saya sering berurusan dengan seorang pekerja perempuan. Berdasarkan penampilan, umurnya sekitar 50 an. Agak berumur juga bagi kerja seberat itu.
Yang menariknya adalah perilaku beliau. Wajahnya asyik tersenyum sahaja. Beliau akan melayani saya dengan teguran manis, 'Good day mike. How can i help you?', sambil tangannya menghulurkan candy kepada Aliya, anak saya yg ketika itu mencecah 2 tahun.
Cara beliau melayani saya (customer terakhir) seolah-olah sayalah customer pertamanya untuk hari itu. Tiada 'muka kelat atau muka robot' & bersungguh2 ia mengangkat kotak bungkusan yg agak berat itu.
Saya terfikir, alangkah bagusnya attitude 'makcik' ini. Tak nampak letih. Muka asyik senyum je. Kerja pun bersungguh.
Soalnya, bagaimana makcik ini memiliki attitude yg amat luarbiasa sedangkan kerjanya biasa-biasa sahaja?
Jawapannya saya temui dari Mark, rakan setugas ketika saya bekerja di University of Canterbury. Beliau amat rajin bekerja & berdedikasi tinggi dan sepanjang waktu bekerja, Mark hanya akan berbual dengan saya apabila semua tugasan selesai.
No 'zero chatting-chatting', no 'curi-curi tulang'.
Rumah Mark terletak di New Brighton, kira-kira 15-20 km dari Universiti. Perkara ajaib tentangnya adalah, beliau BERJALAN KAKI ke tempat kerja dan akan bertolak sejam awal agar tiba ke tempat kerja tepat pada masa.
Ia dilakukan setiap hari tanpa jemu. Suatu ketika saya bertanya Mark,
'you tak letih ke jalan jauh just nak dapatkan gaji yg takdelah banyak sangat ni? Kan lebih baik you cari kerja lain lebih dekat?
Ini jawapan Mark. Ini MAKSUD & NILAI SYUKUR yang saya pegang seumur hidup. Inilah 'power' - the right attitude yg akan hilangkan segala rasa stress & situasi 'panas' di tempat kerja :
'Mohd, its all about gratitude. I always love this job coz many other people cannot find decent job easily...'
MORAL : Segalanya bermula dari dalam. Your inner world will shape your outer world. Apabila kita bekerja dengan pemikiran 'syukur', kerja akan dianggap nikmat & kita akan menunjukkan prestasi 'the best'.
No more 'tertekan', no more 'tension'.
Syukur : inilah juga pemikiran Nabi Musa a.s ketika ditawarkan 'kerja' oleh Nabi Syuaib selama 8 tahun. Baginda tidak merungut apatah lagi mengelat bahkan durasinya ditambah 2 tahun ekstra.
Mengapa demikian? Jawapannya sama : baginda BERSYUKUR dengan nikmat kerja, marriage, perlindungan & peluang yg ada kerana sebelumnya itu, kondisi baginda FAQIR - nothing.
Amati kisah baginda di Surah Al-Qosos bermula ayat 24.
Hebatnya Al-Quran, ia mendatangkan bahagia kepada 'outer world' kita bermula dengan membentuk 'inner world' kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan