Saidina Ali karramallu wajhah pernah ditanya,
*"Wahai khalifah, bagaimana ingin aku bezakan UJIAN dan HUKUMAN dalam kehidupan?"*
Jawab beliau..
"HUKUMAN adalah *bila mana kamu di uji Allah SWT, kamu makin jauh daripada Allah*..."
*"Manakala, UJIAN Allah SWT pula apabila kamu diuji, kamu makin hampir dan bertambah dekat dengan Allah SWT"*
Ingatlah bahawa *Allah sentiasa menguji kita*.
Kita tidak mengetahui *keadaan kita di sisi Allah*.
Seseorang itu boleh berada di dalam *kejauhan daripada Allah* walaupun *disangkakan dirinya dekat dengan Allah*.
*Di antaranya* :
1- Diberikan oleh Allah *ibadat* tetapi *tidak dapat meninggalkan maksiat*.
2- Diberikan *pertambahan ilmu* tetapi *tidak ditambahkan amalnya.*
3- Ditambahnya *nikmat* menjadi *semakin sibuk dengan nikmat tersebut*.
4- Diberikan *dunia* lalu menjadi *panjang angan-angan*.
*Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua*.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan