MALU SATU KEBAIKAN - Islam Is Great

Islam Information

Rabu, 13 Februari 2019

MALU SATU KEBAIKAN


حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي السَّوَّارِ الْعَدَوِيِّ قَالَ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ


Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Abu As Sawwar Al 'Adawi dia berkata; saya mendengar 'Imran bin Hushain berkata; Nabi SAW bersabda: "“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.”  (HR Bukhari No: 5652) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Malu pada hakikatnya adalah suatu kebaikan. Sifat malu mengajak pemiliknya agar menghias diri dengan  sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang tercela.


2.  Malu yang dituntut oleh Islam ialah perasaan malu yang disandarkan kepada Allah. Malu yang menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang tercela dan haram. 


3.  Malu yang perlu dielakkan ialah perasaan malu yang disandarkan pada rasa rendah diri sehingga mengelakkan dari melakukan amal soleh. Contohnya malu untuk pergi masjid, malu untuk belajar juga malu untuk solat di dalam keretapi dan lain-lain.


4.  Malu secara hakiki adalah suatu akhlak (dalam jiwa) yang membangkitkan sikap menjauhi hal-hal yang buruk dan mencegah dari perbuatan mengurangi hak pihak yang memiliki hak (Syarah an-Nawawi dalam Sahih Muslim (2/6).


5.  Malu itu seluruhnya baik. Barangsiapa banyak rasa malunya, banyak pula kebaikannya dan manfaatnya lebih menyeluruh. Barangsiapa yang sedikit rasa malunya, sedikit pula kebaikannya.


Ayuh bersifat MALU yang membuahkan kebaikan, melahirkan sifat ketenangan dan ketenteraman. 


Tiada ulasan: