Berhati hatilah bila menyebar sesuatu bahan, selidikilah dahulu kebenarannnya itu, kerana bagi mereka yang menyebar bahan fitnah, telah di sediakan baginya azab yang amat pedih di dunia mahupun di akhirat nanti. Lebih lebih lagi fitnah itu terhadap mukmin yang mentaati perintah Allah, seperti fitnah liwat, fitnah zina, fitnah memakan harta, fitnah dunia..sebagaimana yang di firmankan oleh Allah di ayat yang ke 19
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
(Dipetik daripada facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan