ISU BOIKOT DAN SOKONG PRODUK MUSLIM - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 4 Februari 2019

ISU BOIKOT DAN SOKONG PRODUK MUSLIM

ISU BOIKOT DAN SOKONG PRODUK MUSLIM


Menteri Agama yang dilihat banyak menziarah kuil daripada masjid mungkin tidak suka kerana ini sedikit perkauman. 

Pernah diceritakan di zaman Rasululullah SAW,  bekalan air di  Madinah pada masa itu dikuasai oleh seorang pengusaha Yahudi. Bekalan boleh di beli di telaga milik yahudi ini setiap hari kecuali pada hari sabtu dimana adalah merupakan hari upacara bagi penganut yahudi. Operasi telaga pada hari sabtu akan disewakan kepada seorang pengusaha Islam bagi memenuhi permintaan bekalan.

Melihat keadaan ini Rasulullah SAW menasihatkan penduduk Islam Madinah agar mendapatkan bekalan air hanya pada hari sabtu sahaja bagi membantu pengusaha Islam tersebut.

Jualan air pada hari lain selain sabtu terjejas teruk, telah menyebabkan si Yahudi melepaskan perniagaan dan menjual telaga tersebut kepada pengusaha Islam berkenaan. 

Simboliknya ini adalah merupakan satu bentuk boikot yang di atur oleh Rasulullah SAW bagi membantu ekonomi Islam. Sekiranya orang Islam bersatu tidak mustahil  kita sendiri boleh menguasai ekonomi. 

Kota Madinah pada masa itu bilangan penduduk Islam hanyalah 1/3 sahaja dari keseluruhan bilangan penduduknya tetapi kekuatan mereka boleh menguasai politik dan ekonomi. Inilah adalah kemuncak kegemilangan Kota Madinah yang asalnya dikenali sebagai Yatrib yang dikuasai oleh kaum Yahudi akhirnya jatuh kepada penguasaan Islam.

Pemerintahan Islam Madinah dijayakan oleh seorang pentadbir yang hebat iaitu Muhamad Rasulullah SAW,  dibantu oleh para entreprenuer ternama seperti Saidinia Abu Bakr, Umar, Uthman, Abdul Rahman bin Auf dan beberapa lagi. Mereka berjaya dan kaya. Mereka membantu perkembangan Islam melalui infaq, sadaqah, hibah dan waqaf.

Dari sinilah perlunya kita harus membantu perniagaan Muslim. Jauhi dari benda benda haram,waswas atau syubhah. Ia membuat hati kita dan anak anak kita keras serta liat beribadah, payah dalam menghafal. Jangan berkira kalau sedikit mahal. Anggaplah ini sebahagian dari ibadah. Tunjukkan kuasa beli kita.

Silakan syer andai bermanafa'at. Wallah hu A'lam.


Tiada ulasan: