BEZA KASIH IBU BAPA DAN KASIH ANAK. - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 10 Julai 2018

BEZA KASIH IBU BAPA DAN KASIH ANAK.


BEZA KASIH IBU BAPA DAN KASIH ANAK.
Tiada bandingan antara kasih ibu bapa dan kasih anak.
.
Ini kerana ibu bapa bersama dengan kita dan menyaksikan kita dalam keadaan kecil tidak bermaya, begitu juga dalam keadaan kita lemah maka mereka bersama dengan kita.
.
Memori membela, menjaga dan mempertahankan menyebabkan kasih ibu bapa terus segar walau apa pun keadaan.
.
Sebagai anak pula kita tidak ada atau kurang pengalaman melihat ibu bapa kita susah, ibu bapa kita sakit yang menerbitkan rasa kasih dan rasa kasihan terhadap mereka.
.
Sebab itu kadang-kadang banyak anak lebih kasihankan orang lain berbanding ibu dan ayah mereka. Kerana yang mereka nampak susah orang lain tetapi tidak susah ibu dan ayah.
.
oleh itu kenangkan lah jasa dan susah payah ibu dan ayah kita agar kenangan itu menjadikan kita sentiasa merasa mahu mengasihi dan merasa kasihan terhadap ibu dan ayah.
.
Selamat menjadi anak yang soleh dan solehah dan sila kongsikan jika bermanfaat.

FB Ustaz Amin

Tiada ulasan: