"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu dari badan isteri-isteri kamu?" Tanya Nabi Luth a.s kepada kekejian kaumnya yang gemar melakukan hubungan sejenis.
"Diamlah engkau wahai Luth! Jika engkau tidak mahu berhenti daripada mengutuk kami, maka kamu akan kami halau dari negeri ini" Bentak kaumnya yang berang kerana ditegur oleh Nabi Luth a.s diatas kemungkaran yang mereka lakukan.
Nabi Luth a.s membalas: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
Disebabkan kedegilan dan kegilaan para kaumnya itu, Nabi Luth a.s pun berdoa memohon kepada Allah SWT, "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."
Maka Allah SWT menyelamatkan Nabi Luth a.s serta pengikut pengikutnya daripada azab yang dahsyat yang menimpa kaumnya disebabkan kekejian dan kemungkaran (melakukan hubungan sejenis) yang telah mereka lakukan. Wal'iyyazubillah.
Kemudian Allah SWT menghancurkan kaum Nabi Luth a.s pada malam hari disaat mereka sedang asyik melakukan perkara yang amat keji dan jijik itu.
Jelas ustaz ketika menceritakan kisah azab ke atas kaum Nabi Luth a.s ini,
"ketika malaikat mengangkat bumi di mana kaum Nabi Luth a.s itu berada, tidak dirasai langsung oleh mereka itu walau sedikit gegaran bumi yang akan menyebabkan mereka tersedar daripada azab Allah SWT yang bakal mereka hadapi".
"Lalu diterbalikkan bumi tersebut sehingga menjadilah kaum Nabi Luth a.s yang ingkar itu ditimpa bumi dan batu batu yang amat dahsyat sehingga mematikan kesemuanya". Sambung ustaz menamatkan cerita.
Hari ini masih lagi terdapat kesan azab pada negeri yang diazab oleh Allah SWT itu. Sememangnya Allah SWT sengaja meninggalkan kesan azab itu sehingga hari ini agar kita umat yang terkemudian ini mengambil pengajaran dan pelajaran daripada kisah tersebut agar kita tidak menjadi seperti mereka.
Malangnya sehingga saat ini masih terdapat ramai golongan yang memilih jalan "songsang" ini sebagai cara hidup mereka samada secara sembunyi sembunyi mahupun terang terangan. Wal'iyyazubillah
Dan yang paling membimbangkan lagi adalah apabila seseorang mengakui secara terang terangan dia seorang "Gay Muslim". Ini amat jelek dan jelas sekali bercanggah dengan agama dan pastinya dia memahami agama dengan akal semata tanpa panduan wahyu Allah SWT.
Aduh! buntu sekali fikiran ini untuk memilih ayat yang benar benar tuntas untuk menyangkal dan memisahkan perkataan "Gay" dengan perkataan "Muslim" ini. Mana mungkin kesucian islam boleh disamakan dengan satu istilah yang cukup jelek bahkan pelakunya dilaknat oleh Allah SWT.
Amat benarlah kata Dr Fadli Ghani, "Allah SWT menurunkan syariat untuk diikuti manusia, pada waktu yang sama manusia dikurniakan akal juga. Kalau semua (manusia) ikut akal, puja akal dan kebebasan akal, beginilah jadinya."
Gejala LGBT ini amat membimbangkan kita pada hari ini. Betapa mudahnya gejala songsang ini berkembang dan dianuti oleh umat manusia terutama di Malaysia adalah berpunca daripada kejahilan hidup mereka yang tidak mahu mengikuti panduan wahyu Allah SWT. Bagi golongan ini, hanya semata mata nafsu dan akal sahaja yang perlu dituruti. Ini amat merosakkan!
Patutlah Allah SWT ada berfirman didalam kitab suciNya yang bermaksud,
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." [7:179]
Gejala LGBT ini amat serius dan perlu ditangani oleh semua pihak. Jangan ada diantara kita hanya berpeluk tubuh dengan membiarkan gejala ini terus merebak dikalangan masyarakat kita. Ini kerana kelak kita sendiri yang akan menyesal apabila melihat anak anak kita telah dirosakkan oleh gejala yang jijik ini. Wal'iyyazubillah.
Pihak yang berkuasa lebih lebih lagi amat penting memainkan peranan untuk membendung gejala yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT ini. Jangan dibiarkn mereka sewenang wenangnya menyampaikan ideologi jijik mereka kepada masyarakat. Kekang dan ubatilah mereka!
Azab Allah SWT pasti akan datang menimpa kita jika kita membiarkan mereka terus menerus bebas mengamalkan kehidupan yang songsang lagi jijik ini. Jika pun Allah SWT tidak menterbalikkan bumi kita ini nanti, tetapi azab seperti penyakit AIDS, penyakit kelamin, crisis identity, terputus zuriat, lambakan manusia jahil dan banyak lagi yang akan berlaku. Dan ini sudah cukup untuk merosak dan membinaskan kita serta umat islam yang lain dimasa akan datang.
Ingatlah! disamping kita membanteras gejala LBGT yang merosak ini, mohonlah kepada Allah SWT agar kita dan ahli keluarga kita serta zuriat keturunan kita tidak dilanda bahkan dijauhkan oleh Allah daripada gejala ini. Wallahu'alam.
#AkhiAdifGorment
25 Syawal 1439H
9 July 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan