📍No telefon IJN 0326178200 minta sambung ke Dormitory.
📍Perlu dapatkan surat menginap dari wad/ICU/CCU mana pesakit ditempatkan utk dibawa bersama semasa pendaftaran di dormitory.
📍Domitory IJN beroperasi 24 jam.
📍Lokasinya adalah di Blok C Tingkat 2 dalam kawasan IJN.
📍Sewa dikenakan :
🔸Katil Single - RM 20 semalaman
🔸Katil Double Decker - RM 10 / bed semalam.
🔸Bilik berkeluarga dikenakan RM 50 / semalaman. 1katil queen dan tandas di dalam.
📍Jika tiada surat dari wad tapi perlukan penginapan boleh daftar masuk jika ada kekosongan. Staff akan daftar sebagai orang awam. Keesokkan hari baru dapatkan dokumen yang diperlukan.
📍Parking berdepan dengan Dormitory.
📍Terdapat pantry, laundry dan ruang istirehat disediakan kepada waris yang menginap untuk kemudahan dan keselesaan semua.
Sumbangan TNB untuk ruangan penempatan penginapan transit waris / ahli keluarga pesakit jantung - Dormitory di IJN, KL bernilai lebih RM 1.3 Juta.
Set lengkap ruangan utk menginap berkonsepkan asrama & empat (4) bilik keluarga & Dua (2) Dormitory dgn empat puluh (40) kapasiti setiap satu dorm.
Sesiapa yg mempunyai saudara mara yg dirawat / menjalani rawatan jantung di IJN boleh menggunakan kemudahan ini dgn kadar yg ditetapkan.
#sharingiscaring
#mmogamemberimanfaat
#bantumudahkanurusanyangdalamkesusahan
#tnbbetterbrighter
Gambar Ehsan TNB CareLine, Google, Blog Anajingga, Harian Metro & Bernama
cc admin WAT : Mikey, Salbiah Yunos, Fakir Estronavella,J. Suresh Kumaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan