JANGAN DANGKAL DAN DUNGU - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 5 Julai 2018

JANGAN DANGKAL DAN DUNGU

JANGAN DANGKAL DAN DUNGU

Antara kesilapan yang melambangkan kedangkalan akal ialah kegagalan membezakan isu yang berbeza yang berada pada tempat dan waktu yang sama. Umpamanya, jika seorang pelaku kesalahan tertentu berjaya ditangkap kemudian kita mendapati dia dipukul begitu dahsyat melebihi kesalahan yang dilakukan. Kita tegur agar jangan awak memukulnya sampai begitu. Lalu si pemukul berkata: "Awak ni berpihak kepada pesalah!"

Dia dangkal dalam membezakan dua perkara yang berlainan disebabkan keadaan yang berkaitan. Dia hanya boleh fikir jika dia salah aku mesti benar. Jika dia benar aku mesti salah. Dia tidak dapat faham dalam hidup ini kemungkinan ada perkara kedua-dua pihak salah. Atau, kedua-dua pihak benar. Atau, ada bab yang benar, ada bab yang salah.

Demikian apabila seseorang yang melakukan dosa di hadapan kita. Kita membantah perbuatannya. Tiba-tiba datang seseorang yang kononnya kuat agama, dia bukan sahaja membantah dosa itu, tapi turut memaki hamun pendosa atau mencerca ibubapa si pendosa. Apabila kita membantah tindakan yang salah itu, dia pula berkata kepada kita "jadi awak ini menyokong maksiatlah?!! ".

Ini merupakan kedangkalan fikir sebahagian manusia termasuk golongan yang memakai nama agama.

Demikanlah juga contohnya apabila kita nasihat seseorang yang rumah dimasuki pencuri kerana tidak berkunci. Kita kata kepadanya "kenapa awak tidak kunci?!". Jawab dia: "Rupanya awak ni menyokong pencuri".
Inilah contoh kedangkalan akal dan cara fikir.

Golongan dangkal seperti inilah yang merosakkan wacana perbincangan isu dalam masyarakat yang matang. Mereka kadang-kala mengulas dengan kadar kebodohan mereka itu isu-isu yang sepatutnya mereka tidak ulas. Maka akhirnya bak kata orang jadilah ulasan mereka itu "dangkal lagi dungu".

FB Dr Maza

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

contoh pertanyaan "kenapa awak tak dikunci?" mmemang tak masyuk la. dalam keadaan marah dan bengang nak harap jawapan yg harmoni ke? memang la jawapannya pun akan menjengkelkan. mungkin la orang2 yg berhati tulus suci ikhlas akan jawab "aku ni bukan insan sempurna, kelemahan itu adalah bahagian makhluk, maafkan aku karna menyusahkan kalian!!!", hehe.
patutnya tanya macam ni ..."ko terlupa ke nak kunci pintu tadi?". mgkin dia jawab " tu laaa...aku dapat kal dr kampung, ade emergensi, tu yg kelam kabut sket!". kan rasa best dua2 pihak!